Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Wednesday, November 30, 2011

sia-sia kah semua ini?

assalamualaikum..bismillah..
ape khabar korang??
sihat yer??moge sihat bersame mak,ayah,nenek,datuk,cucu,isteri,suami and sesape jee...
huu..hari nih ceritenye tak berape sangat kot..
alah...dulu2 aku ade blogg..
aku buat kat my space..ahakss...
ade criter taw..tapi mungkin tak best keyh!!
aku share boleh??
boleh yehh..
okeyh fine..amek jap yewhh..

http://www.myspace.com/nuradzul/blog/458922172

BAHAGIAMU ADALAH BAHAGIAKU
*cerpen ini tidak ada kaitan antara hidup dan mati



"Bersamamu kulewati
Lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumahu
Namun kenyataannya tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biar cinta hidup sekali ini saja
Tak sanggup bila harus jujur
Hidup tanpa hembusan nafasnya

Tuhan bila waktu dapat kuputar kembali
Sekali lagi untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini, biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali ini saja"

                     Lirik lagu itu Zila tatap sambil melihat sekeping gambar.Bila dia melihatnya semua ketenangan terukir di hati dengan indah tanpa sedikit kelukaan tercalit.Kenangan bersamanya terbayang semula,perkenalan yang berlaku secara tidak sengaja sehingga membuatkan kasih sayangnya semua tercurah kepada Azmir.Dia tidak sengaja ingin mencuba perkara yang tak pernah dilaluinya semasa di alam kehidupannya sehingga membuat dirinya tak sanggup meninggalkan seorang insan yang dianggap kekasih untuknya.Hanya seorang yang mengetahui tentang kisah hidupnya iaitu teman rapatnya,Qiba.Semua cerita tentang suka duka hidupnya dikongsi bersama temannya itu.Hubungan itu hanya terjalin selama 5 bulan kerana terpaksa.Bermulanya kisah Azmir bersama Azila di laman ms,sejak itu mereka menjadi kwan biasa tetapi hati Zila telah terpaut dengan sifat Azmir.Satu hari Zila terfikir bagaimana ingin meluahkan perasaannya itu,dia teringat akan nasihat Qiba bahawa luahkan semua yang kau rasa kemudian terima apa yang akan terjadi.Malam itu cuaca sejuk sehingga membuatkan Zila berkelubung di dalam selimutnya,dia masih terus bermesej dengan Azmir dan setiap kali setelah membalas mesej dari  kekasih hatinya itu dia akan memandang jam di dinding biliknya itu.Tepat pukul 12 malam tiba-tiba Azmir menelefonnya,dia terkebil-kebil memandang skrinnya itu sambil menelan air liur.Ini panggilan yang dia tak pernah jawab untuk seumur hidup kerana dia hanya berbicara dengan lelaki ketika ada kerja yang diperlukan sahaja."Assalamualaikum,hello ni Zila ke?",sayup suara itu ku dengar di awal panggilan.Aku cuba menenangkan perasaanku"Waalaikumussalam,ye saya ni.Minta maafla lambat angkat,tadi pergi dapur kejap.".Zila hanya menjawab apabila di tanya oleh Azmir sehingga satu saat mereka terdiam.Zila memulakan percakapannya dengan "Awak saya ada perkara nak beritahu awak tapi kita mesej boleh?".Tutur katanya disusun dengan nada yang perlahan."Ok,boleh",Azmir memutuskan talian itu setelah menjawabnya.Zila mula menaip mesej 'saya ada suka seseorang tetapi saya tak pernah jumpa dia dan kami berhubung dengan telefon juga ym,kami kenal sudah sebulan.',butang send ditekan.Azmir bertanya siapa yang dikatakan itu,Zila merasa patut atau tidak dia memberitahu namun tangannya tetap menaip nama itu'azmir hafiz bin hamzah'.Tersadar dia telah mendapat panggilan sekali lagi dari Azmir dengan gelbah dia mengangkat talian itu."Biar betul Zila,awak betul ke ni?",tanya Azmir ,aku hanya menjawab"Saya nak tahu awak terima atau tidak?kalau awak terima saya nak itu ikhlas dari hati awak dan saya tak mahu saya ni syok sendiri je".Dia terus menghentikan talian itu dan datang satu mesej mengatakan 'saya sebenarnya..'.Zila membalasnya dengan bertanyakan apa yang ingin dikatakannya.Azmir terus menukar panggilan dengan memanggil Zila dengan perkataan yang mesra.Zila ketawa dan mengejek Azmir.Malam itu malam yang paling Zila rasakan bahagia untuk hidupnya.
                                       ***                ***               ***
                    Sejak hari itu Zila sentiasa ceria ketika di mana-mana saja,dan menjadi seorang yang periang.Semua teman Zila pelik dengan sikap dia tapi yang pentingnya kawannya semua mesti ceria.Di sekolah dia menjadi seorang yang rajin belajar dan selalu aktif pada waktu riadah.Di rumah pula bila sekolahnya membenarkan semua pelajar asrama pulang ke rumah,dia lebih rajin ke dapur.Azmir selalu mengenakan dia kadang-kadang sehingga dia sakit hati nmun Zila tidak menyimpannya.Beberapa bulan kemudian Azmir mendapat tawaran ke universiti dan dia menyampaikan berita itu kepada Zila dengan gembira.Zila berdoa semoga Azmir akan menghabiskan pelajarannya hingga ke menara gading.Bila di 'U' biasalah takkan terlepas dengan assignment oleh itu mereka kadang-kadang tidak berhubung.Zila seorang yang memahami dan tidak pernah mengganggu Azmir,dia hanya memberi mesej kepada Azmir bila dia merasa sangat rindu.Skrin telefon Zila menyala dan nama Azmir naik menandakan Azmir menelefonnya.Zila mengangkatnya dan menjawab dengan biasa namun siapa sangka malam itu malam yang terakhir.Azmir memberitahu bahawa dia sebenarnya sedang buntu dalam masalah peribadinya itu,dia tidak mahu kehilangan apa yang dia miliki sekarang kerana mungkin Zila akan berpisah dengannya.Zila terkejut dan terus menjawab "Allah sentiasa di sisi kita dan berdoa banyak-banyak semoga mendapat hidayah darinya" lalu Zila terus memutuskan panggilan kerana tidak mahu Azmir berkata apa-apa lagi.Kelopak mata Zila yang sudah lama tidak berair mula digenangi air yang jernih lalu berjurai satu persatu mutiara ke pipinya.'Ya allah,aku tidak kuat lagi untuk menahan segalanya.Apa yang akan berlaku aku tidak mampu menerimanya',desus hati Zila sambil bersujud diatas sejadah.Zila memohon kepada yang maha Esa agar Azmir mendapat petunjuk sebenarnya dan semoga hatinya rela menerima setiap keputusan itu.Petang ahad Zila menelefonnya agar mendapat semangat untuk ke sekolah tapi kekecewaan membelenggu,dia tidak mengangkatnya.Lalu Zila menyimpan telefon itu di tempat yang sepatutnya.Selang dua minggu Zila ditahan di wad kerana ketika dia menyertai aktiviti perkhemahan satu kecelakaan menimpa Zila yang menyebabkan pendarahan yang banyak.Qiba mengambil keputusan menelefon Azmir untuk mengkhabarkan berita ini.Dia mencapai diari Zila yang dihadapannya dihiasi dengan  sekeping gambar.Dia membuka muka terakhir Zila tulis kerana Zila sendiri menyuruh berbuat demikian.Alangkah terkejutnya bahawa sebenarnya Zila ada penyakit barah di tahap yang sukar diubati.Sedang asyik Azmir menyiapkan assigmentnya Azmir melihat telefonnya ada mesej yang mengatakan'salam,ni kwn Zila..Zila akan tinggalkan kita bila masa saje'.Azmir trkejut lalu dia menelefon Qiba dan meminta ingin bercakap dengan Zila."Zila sedang bertarung nyawa kerana dia sedang koma di hospital",lantas Qiba memutuskan panggilan.Azmir menjerit "Apa ni?aku tak percaya".
                                ***                      ***                          ***
                   Beberapa minggu kemudian Zila tersedar dan sebenarnya dia dapat merasakan bahawa dia akan pergi tidak lama lagi tapi dia tidak mahu semua susah hati memikirkan halnya.Azmir menelefon Qiba dan bertanya di hospital mana Zila berada.Dia ingin menjenguk Zila kerana sayangnya masih ada lagi pada Zila.Sehingga sekarang beginilah Zila,hanya gambar orang yang tersayang menjadi peneman hidupnya Sedang asyik dia menatap gambar Azmir dia terkejut kerana tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke wadnya padahal tadi doktor sudah datang.Zila perasan gambar Azmir telah jatuh di bawah katilnya dan lelaki itu pula menuju ke arahnya.'Lelaki tu aku rasa macam pernah nampak tapi kat mana',desus hati Zila sambil membetulkan tudungnya,semakin dekat langkah lelaki itu ke arah Zila."Assalamualaikum ila",sapa lelaki itu,dia memakai t-shirt hitam dan berseluar jeans.Zila terpaku kerana hanya seorang saja yang memanggilnya ila,dia sudah tahu siapa di sisinya kini.Masa inilah yang dinantikan Zila sebelum dia pergi meninggalkan semua."Waalaikumussalam",jawab Zila dengan perlahan.Azmir duduk di kerusi yang disediakan di sisi katil Zila dan dia memandang ke arah Zila sebentar lalu terus tunduk.Zila sebenarnya takut Azmir perasan gambarnya di bawah katil itu namun Azmir dengan tangkasnya mengambil kertas yang ada di bawah katil Zila itu.Dia tidak melihatnya namun terus pergi ke arah bakul sampah yang berada di hadapan katil Zila."Mir jangan buang,tunggu tu Zila punya",jerit Zila kepada Azmir  lantas dia memandang ke arah lain kerana dia malu.Azmir melihat kertas itu mengandungi foto gambarnya,baru dia tahu Zila sebenarnya masih menyayanginya.Dia terus pergi ke arah Zila lantas memberi gambar itu dan mengatakan "Ila terima kasih kerana masih menyayangi Mir tapi kenapa Ila sanggup berkorban seluruh kasih sayang itu dangan memberinya kepada orang lain."Zila dengan tenang menjawab "Cinta tak semestinya memiliki namun cukup kita dapat melihat dia bahagia,walaupun kita terluka separuh mati",Azmir memandang wajah Zila ada ketenangan yang tersembunyi di situ dan tidak mampu dia ungkapkan.Mata Zila berkaca kerana menahan air jernih itu keluar di hadapan seorang lelaki yang dia amat sayang tapi Zila tidak mampu lalu berderailah air matanya itu ke pipinya.Cukup sunyi sekali di wad itu kerana pesakit di dalam itu semua sedang berehat.Azmir tak mampu melihat keadaan dia sebegini lalu tangisan itu dikesat dengan tangannya berlapikkan tisu.Zila membetulkan kedudukannya dan mengambil dua buah barang yang satu berbalut dengan kertas hadiah yang amat cantik dan yang selainnya sebuah buku seperti diari.Dia menghulurkan kedua-dua barang itu kepada Azmir sambil memandang mata Azmir
memberikan isyarat bahawa ambil barang itu.Azmir pelik kenapa Zila memberi diarinya kepada dia.Zila berbaring semula kerana dia terasa ingin berehat selamanya,semua kemahuannya telah dituruti dan kini tiba masanya dia pergi dengan aman disamping Azmir."Mir,ila nak minta maaf kalau ila ada salah dengan mir dan halalkan semua yang mir pernah bagi kat ila,umur kita tak tahu sampai bila mungkin lepas ni ila",percakapan Zila terhenti kerana Azmir meletakkan jarinya menyuruh Zila tidak menyambung percakapannya itu lagi.Azmir menyuruh Zila berehat sambil diselimutkan olehnya."Mir bahagiamu adalah bahagiaku kerana setiap ketawamu itu adalah kebahagianku",kata Zila sambil memegang tangan Azmir sebelum Azmir berlalu meninggalkannya.Azmir senyum lantas pergi keluar untuk ke surau sebentar.
                                   ***                  ****                     ***
                       Selesai bersolat,Azmir berdoa semoga Allah memberinya petunjuk dan hidayah dalam hidupnya,tidak lupa juga untuk kesihatan Zila.Azmir lantas bangun dan bergegas ke wad Zila tapi dengan langkah yang tenang.Tiba di wad Zila,Azmir pelik mengapa ramai berkerumun di katil Zila.'Takkan doktor nak wat check kat Zila lagi',desus Azmir dan pergi kepada doktor yang berada di katil Zila itu.Azmir lihat seluruh badan Zila telah diselimutkan,dia meminta laluan kepada orang yang berada di situ.Azmir membuka selimut itu terlihat wajah Zila yang penuh ketenangan itu,dia terus memeluk Zila sambil menjerit,"Ila!!kenapa ila tak bertahan?tunggu mir,ila!jangan pergi lagi.Mir  sayang ila dan ingin mengubati semula hati ila.Ila!!".Air mata lelaki mengalir di wajah Azmir kerana teringat akan kata Zila sebelum dia pergi.Semua disitu menenangkan Azmir dan mereka bersimpati dengannya,lalu mereka beredar dari situ.Azmir mencium kepala Zila yang berlapik tudung itu lalu meletakkannya kembali dengan baik,dia mencapai diari Zila dan ketika itu tepat pula membuka helaian yang ditujukan kepada dirinya.
                   12/11/2008
      Kepada Azmir:
Zila gembira dengan azmir setiap ketika walaupun kita tidak mempunyai apa2 hubungan,mungkin sudah cukup waktu untuk zila memegang cinta azmir.Zila paksa diri untuk terima kenyataan tapi dengan hati yang hancur.Biarlah azmir bahagia bersamanya,mungkin itu yang terbaik untuk azmir.Lagipun zila takkan dapat membahagiakan azmir,setiap kejadian ada hikmah tersendiri.Zila masih sayangkan azmir dan yang terbaiknya adalah perasaan itu terpendam di hati.
Azmir meletakkannya kedua-dua diari tersebut di atas alamrinya,lalu menutup lampu biliknya dan masih terngiang-ngiang suara Zila yang ceria bersamanya  dan ucapannya kali terakhir beserta senyuman di wajahnya membuat Azmir tenang.

okeyh..siap...maaf panjang sgt..aku takde niat...
ceriter nih adalah rekaan dari pengalaman2 sahabat2 aku dulu2 zaman muda  mudi..
sia-siakah?ape yang aku bagi korang tengok ni?
Tuesday, November 29, 2011

milo quakeroat..

assalamualaikum...bismillah..
korang penah makan quaker oat??
aku sekarang nih addicted lak makan quaker oat..
aku gune milo dan susu manis..
sedap jugak..
care2nye..mudah sangat..
beberape sudu oat ikut korang laa..
pastu buh air panas terus buh susu cair..
sikit sudah nak bagi rase manis sikit...
then milo..
huhu!!
macam coklat dah!!
sedap dan siap..
nak makan ngan buah2 pom boleh..
aku makan dengan buah epal hijau..
credit to nana blog
selamat mencube..

Monday, November 28, 2011

alangkah bagusnye manusia..

assalamualaikum...bismillah..
alhamdulillah aku masih beruntung dapat merasai ciptaan Allah di sini..
di awal muharam ni..
ade yang meninggalkan dunia ni,dah ditutup pintu dunia,menanti dihisab pada tanggal awal muharam..
hidup di dunia yang penuh dugaan,godaan,,
astaghfirullah...sekuat manakah iman hambaMu ini..
hmm..semalam 10 malam,telah hilang seorang lelaki..
telah menjadi ayah kepada seorang anak perempuan dan tok untuk cucu2nye..
mungkin Allah menetapkan yang terbaek untuk dirinya..
tokki nazrin telah meninggalkan dunia yang fana ini..
Al-fatihah untuknya..
credit to dendang blogger

oowwhhh...Malaysia..
Harimau Muda telah jatuh di tangan Bahrain dalam mase 6 minit..
jelas wajah2 pemain merase sangat kesal..
lebih2 lagi Khairul Fahmi..sangat rase bersalah..
tapi aku tetap menyokong mereka..walau kalah..
tapi kalah yang bernilai 2-3..,
namun kesedihan pasti sangat dirasai..
mungkin takdir telah menentukan begini..
teruskan menambah kesungguhanmu..
kerana Allah merancang sebaik2 perancangan..
mereka telah berusaha sekeras mungkin untuk Malaysia..
buat mereka yang komen2 pedas kepada thamil dan fakri..
fikir la sendiri kalau ko sendiri atas padang..hadap mende2 tu semue,.
kalo ko kalah..nescaye aku buu ko awal2 laa...

Sunday, November 27, 2011

awal muharam detik permulaan..

assalamualaikum..bismillah..
alhamdulillah..telah masuk satu muharam 1433hijrah..
okeyh,firstly aku harap di awal tahun ini..
aku dapat memberi kebaikan kepada insan2 diluar sane..
dapat menjadi seorang muslim yang berwibawa di kampus..
semoga ku juga tegar dalam menghadapi ujian yang bakal dihadapi pada sem2 yang mendatang..
Amin..
doa ini buat sahabat2 juge..
3/12/2011 bakal mendatang..semakin dekat..
seram tuu..
doakan aku ye korang agar aku dengan senang hati interview bersama telaga biru..
iye,..mekaseh sume..

hey2,straight to the topic..aku berjaya membaiki blog ni balik..
mekaseh idea..
sume dari Allah..korang tahu tak..
tetibe aku adew satu idea..ahaa..
bayangkan satu bilik yang gelap..
dan aku lupe ape idea aku..tupp..dah laa..tak yah bayang..

terimelah ucapan ini..
special for u all..
syukrann..
pss..tak sabar tunggu esok..HARIMAU MUDA beraksi!!!
wuhuu!!
nak tengok aksi adik nazmi..

Saturday, November 26, 2011

buat idea..

assalamualaikum..bismillah...
korang penah ade angan2 tak??
aku ade angan2 mase duk asrama dulu..
maklumlah sape yang penah skola kat skola ku dulu nih mesti tahu.
namenye..Maahad Ehya El-Karim kat Tanjung Bidara,Melaka..
ahaa..duduk kat aspuri naim kat belakang...jauh dari kantin asrama..
ape yang aku sangat mimpi2kan..
ade dapur kat asrama tuwh..sebuahh bilik disediakan dengan peti sejuk,dapur gas,gas..
yeahh!!maksudnye ape??
mase kat uia pom aku nak jugak cmtu!!
ahaha...
setiap asrama disediakan sebuah bilik sebagai dapur..
sebagai tempat tok makan dan masak..haha.
ade ker???
oleh itu,pelajar2 malaysia nih boleh la dikira sebagai pelajar kreatif dan berdikari..
bijak masak dan bijak belajar..
ini adalah idea,dan jangan mengusutkan pikiran korang k..just penulisan mungkin menjadi kenyataan atau terkubur sekadar idea...pro and cons..

Friday, November 25, 2011

teruskan kehidupan

assalamualaikum..bismillah..
untuk semua...
sekarang kehangatan bagi pelajar STPM dan SPM..
heh..
sebenarnye..banyak sangat aku nak coretkan pada masa ni..tapi tak teratur dahh..makin hilang nihh..
well...takpe laa..
sekarang cerita pertama:
hey2 boys girlz..tahu kan hidup nih bukan sekadar lalu jee..
tapi menceroboh,menolak,menghampiri dan bermacam2 lagi..
jadi itu same macam mase tyme study jugak..kite harus kental dan kuat melawan cabaran dihadapan..
kerana bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..
itu mak aku kate..
semuanya berpandukan kepada kehedak kita...kalau nak berjaya mestilah kuat...
takde orang yang boleh ubah diri kita..
takde orang boleh suke2 paksa kita..
tapi kalau dah tak faham2 keadaan,terpaksalah seseorang memaksa kita demi kejayaan kita sendiri..
itulah aku,pedoman buatku..
cerita kedua:
toink2..see this!!!
ingat tak kita makan same2 dulu..2 seposen..
wahhh dah la sedap!!!!
sekarang ade agy k??rasenye susah jumpe dah nihh..
so kalau sesape jumpe gtaw aku sekarang jugak..

cerita ketiga:
dah laa habis sudah crite nihh..
k laahhh...mungkin aku tak boleh menjadi penulis blog yang terbaek..tapi sekadar main2 sudah..

wahai manusia jangan lupe tunai kewajipanmu..
mungkin ini jumaat terakhir untukmu..
tak sabar tunggu 3/12/2011...

Thursday, November 24, 2011

kamu yang hebat..

assalamualaikum..bismillah..
korang masih feeling dlm bola sepak agy tak??
mesty ade jugak..sebab aku baru pas tgk football match antara harimau muda ngan syria..
yakkmoktee..bile dengor gitu meme ketar jugop..
last2 jerit2..0-2..owh noo..
takpe la cik fahmi..penat dooh etek lawe ore besar kemarin..
sore dale tuh nazmi..comey la yo bilo tendang bola..supo budok2 hok pakar...
ape2pom...pandang ke depan..diowg hadapi,diowg yg rase,jgan kutuk mereka kalau tak dapat memuaskan hati semua..
mereka dah cube buat terbaek..tetapi ketentuan sudah di takdirkan di atas sana..
okeyh sebagai hadiah cun untuk korang semua..aku ambil dari FB nih.
anak cik mat memang hebat

adik nazmi yang cute bile sepak bola..
okeyh lastly..aku sgt semangat nak letak lagu nih kat blog...
semangat2..yeahh!!
okeyh laa..share kalau sukew..=)
harap orang yang hilang di indonesia beberapa hari lalu semasa sukan sea itu selamat di indonesia...amin..
buat harimau muda..kite jumpe di perlawanan Bahrain nanti!!


Tuesday, November 22, 2011

blog ni pehall....

assalamualaikum..bismillah..
weyhh..pehall lak blog aku..boleh crazy ngan aku keyh blog nii..aku wat ubah suai je..pehh..sape ni yg wat aku punye blog cmni..
aku taksuke tahu tak..
huhh..
dah lahh..aku nak adjust biar dye betol balik..

Friday, November 18, 2011

tahap kesabaran dah limit..keyh!!..

assalamualaikum..
bismillah..
wahhh...aku sangat teruja selepas menerima panggilan telefon dari TELAGA BIRU TRAINING AND CONSULTANT..katenye aku boleh pergi interview utk jadi fasilitator di kem super aulad pada 11,12,13 disember 2011 ni..
Ya Allah mule2 takde perasaan tetapi selepas view gambar2 kem super aulad..masyaAllah..
jadi berkobar2..kalau boleh cepat2 aku nak g interview tu..
namun kene tunggu dulu,umi dan walid aku punye keputusan..
hiii..
mereka dah setuju cuma tunggu nak konfem tarikh kepada en.Shazni (pihak Telaga Biru)..tak sabar same keputusan walid pasal tarikh yang boleh g antar aku interview kat sane..
hee..gembire2...
okeyh lastly..harap2 akak yang aku comment kat blog dye cepat2 tengok post ni daan comment balek utk aku tanye bende2 tentang kem yang lepas dye pergi tu..hii...
doakan aku dapat jadi fasilitator ni ye..Amin..aku nak rase berkhidmat untuk masyarakat..






Sunday, November 13, 2011

hidung sakit

assalamualaikum..bismillah...
huuu...hidung resdung..
penah rase tak?
tension tak?fuhhh...
nape erk,kalau bangun pagi2 mesti kena resdung,kalau terbangun lambat tak kena taw..
wahhh...
dah laa..feeling pon takde..bye korang..

okeyh ni sebelum aku lupe tengok jadual ni tuk student2 yg nak mohon upu k..
lagi satu khas tuk pelajar ASASI UIA k..nak mohon kat U laen pon boleh..
so lastly aku ucapkan gudluck tok korang semua

Saturday, November 12, 2011

bukak mate besar2..

jom2..dengar radio online..
pehh seluruh negara taw aku dengar..yehh!!
skrang berputar lagu korea..
haha..
please2 dont think anything..
im just listener k..
haha..
seronok gak..
mehh aku hantar korang kat negara korea k..http://liveonlineradio.net/korea/chuncheon-mbc-774-am
hehe..k go there,jgn balek2..
okeyh..byk sgt negara aku jelajah nii..
soo meh2 aku wi korang satu pic nii.
inilah cita2 aku..peniqab..
lastly..
aku nak ucapkan selamat berjihad tok pelajar STPM..
terutamanya Nazrin..
yeahh!!
credit to nazrin,cekra,adli and all student spm and stpm
dengarlah yee ceramoh tuu..



Thursday, November 10, 2011

updatezzz...dlm keadaan mengantok..

hooo....mengantukkk..
assalamualaikum..bismillah..
semua2 sihat tak..
okeyh semalam aku tonton 'Hujah' di TV9..
ade sesape yang tengok jugak..yaya2..
tajuk yang dibincangkan menarik minat aku tengok muka tiga orang nii..
soalan dan jawapan yang diajukan memberi idea kepada aku gak..

okeyh tajuknya >>>Perhimpunan Seksualiti..
en. aziz desa bersama dengan en. nasharudin mat isa dan dato zainal abidin..
sesape yang tengok dapatlah dengar idea diowg dan jawapan diowg.
satu bende je aku nak highlight kat SINI...
kalau kita nak rasa macam mane kaum LUTH rase,teruskanlah perbuatan keji ini..maka penyesalan tidak akan diterima lagi kerana kau sudah tertimbus di bawah tanah..
Allahuakbar..aku takut sangat kalau HUKUM ALLAH engkau semua nak main2kan..ingat!!
kalau kau menolak perintah ALLAH,maka terbatal IMAN KAU..nauzubillahminzalik..

mari sucikan hati sini meta jah..:

Wednesday, November 9, 2011

hantar bebudak balek asrama..

assalamualaikum..bismillah..
adik aku due orang dah balik asrama...
sunyi lak..tapi memang camni dah..
korang taw tak dalam satu web ni..ade gabar kucing BUTA..BUTA..faham??
kesian meow2 tuu..:(
tapi dye kuat,dye hebat..
cube tgk nii..





naseb baek dye ade pak cik dye..
hee..dye mesty sukew,gembira..
tapi kegembiraan aku tak kekal...
ade juga kucing2 yang mati kecik2 agy..
:,(
tengoklahh..

sedeyh rasenyee..dye sempurnaa...
tapi umur tak panjang...
Allah sayang diowg..

tengah tengok TV1..berita..
memang2 tajuk 'Hilang identiti negara'
i like...
sebenarnya..semua bermula dari rumah..malu lah anak2 yang kau telah memberi arang yang hitam tu kepada mak ayah korang..jangan wat camtuu..mak ayah penat hantar ko gi sekolah arab,g skola agama..nape2??
yeah..inilah dye remaja2 yang kita banggakan..
duduk kat tempat ni..

tapi sepatutnye kita bangga lah dengan buat BACAAN YASSIN BESAR-BESARAN kat BUKIT BINTANG,or mane2 tempat yang nak berhibur tu..
biar diorang sedar milik siapa tempat yang sedak kita duduki ini..
wallahualam..

tentukanlah..andai kau seorang muslim..wahai pejuang2 islam..
ceramoh se..:

Tuesday, November 8, 2011

hoit...kau belajar agama takk??

assalamualaikum..bismillah..
oitt..tetibe tengah nak taip..ade keluarga maut ker?tyme nak balek kuantan..
innalillahiwainnailaihirajiun..(tak rajin nak tekan keyboard arab)maaf..
iye pos kali ini..sangat menyentuh hati sesiape sahaja..
maaf sayangs...tapi kamu semua dah melampau..
aku tahu dulu2 pon aku leka dengan pesona dunia yang merosakkan aku,dan sampai satu masa aku sedar..
aku masih disayangi Allah,aku masih dibawah lindunganNya,subhanallah,betapa sebak hatiku,kerana Allah masih menghantar pintu2 untuk aku kembali semula kepada Dia..aku masih lagi dapat menyambung pelajaran di ipta,dan aku pula masih mendapat suasana yang menyedarkan aku semula,dulu2 mase sekolah..degil,nakal tak dengar kate buku2 agama tuww..emm..menyesal akhirnya...semoga aku boleh bina semula diri aku sendiri,.Allah itu maha Penyayang..

situasi kedua:
bile aku tgk fb mcm nak hamun pon ade..menyampah kot..ambek gambar dekat2..nak tunjuk mata tuwh besar mcm burung hantu,muka tak la segebu mane bile tgk gmbar dekat..kah3...ape la dyeowg nii...skola blajar arab,tapi rosak2..tunjuk kaki laa..ape kejadahnye,tunjuk muke dekat2 sampai nampak lubang hidung, muncung2 macam beruk kat pokok besar blakang rumah tuu..tak malu ker..kalaupom nak letak gambar,,sekeping sudah pastu..kecik jee..tak yah laa besar2..tak faham2 ker??g dengor cramah ustaz azhar tuu...mudoh dop..manusio2...degil..

situasi ketiga:
teringat dulu2,mase waktu sekola (men@ren) ntah la tak ingat lak aku..tapi2..ape yang penting..mase tuw aku tengah boring2,bartahmid la kan..kawan sebelah tyme tu dgr,dye tetibe tegur aku,kate dye,,org dlm kubur menangis..aku kate..ko tak faham k lafaz ape yang dinyatakan dlm tahmid tuu??dye tetap ngan dye punye pandangan..aku pulak..tetap nak bertahmid..=P
aku harap dye tgk salam baitullah kat tv 1 tadi..tapi dye tengok kk..kang kalau ade org ajar agy camtu aku suh la anak aku lak tlg sampaikan..jangan sekadar lafaz tapi berikan makna..
situasi keempat:
sedih aku ngan nazrin..bearmeow kitaorang HILANG...mane laa..bearmeow nii..dah seminggu dua dah dia hilang...bearmeow ni betina..cmne la dye skrg arapnye dye bahagia...
muhasabahlah diri kamu..sebenarnyee Allah beri ape yang engkau perlu,dan kalau engkau tak dapat ape yang kau nak ikhlaskan ia,ade yang terbaek menanti kau di hadapan nanti..contohnye:nak tukar kos,padahal kos tuwh mmg sesuai ngan ko..hanye usaha yang menentukan..ikut laa ko tukar kos lembu k kambing k,kalau tak elok pada Allah..tak jadi gape2 pom..faham tak..okeyhh..fahamkan sayangs..

dengar laa ceramoh ni molep:


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45-
Sunday, November 6, 2011

si suami yang sabar

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.
ingat2lah..

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45-

klip lagu yang sedap..

assalamualaikum..
bismillah.
okeyhh..berpandukan kepada tajuk mari kita mulakan ..
salam dunia-m. nasir

maharku untukmu-alief

so lepas hiburkan diri mari dengar ceramoh pulok:


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45-

aidiladha yang pelik

salam aidiladha...

bismillah...korang punye suasana raye macam mane?
aku alhamdulillah seronok,tapi ade silap sikit..
aku tak salam agy umi walid,ya Allah..
ape la nak jadi ngan aku nii..
macam mane nak jadi contoh nii..
ya Allah,takpe2..insyaAllah,aku salam pasni..mgkin lepas solat..
sebagaimana yang diketahui,umat islam berkorban pade hari ini hingga 13 zulhijjah..
aku terpikir jugak,ape kelebihan untuk lembu2 yang dikorbankan??
rupenya lembu tu akan dimasukkan ke syurga...ya Allah...
seronoknya lembu tuu...
Sabda Rasulullah SAW;“Semua hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah), adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban.” (Hadis riwayat Ahmad)
so marilah dengar ceramah ini:

dengar dan pikir2kan...

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45-
Saturday, November 5, 2011

bile waktu sampai..

assalamualaikum,bismillah..
kamu2 semua..
cmne puase korang ari neyhh?
arap berterusan.ye2..
eyh,nnty ade org tanye plak..puasa ape?
aa..ari ni puasa sunat arafah..
cube bace artikel ini..
diambil dari..
http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-hari-arafah.html

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH) 
Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim). 
Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?
Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.
Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).
Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

jadi sudah terbukti kelebihannya..maaf aku terlupe nak memberitahu semalam..
esok aku hanye beraye di rumah sendiri kat melaka..untunglah korang yang ade rumah dekat dengan kampung...
contoh: kuantan >>> terengganu, terengganu >> kelantan
best laa.dekat..aku..
melaka >> terengganu >> kelantan..
pehhhh..sedap maaa...lame2...
pening kpale..
kemudian2,tahniah laa kepada pak sedare aku..
dapat baby baru,dan dah beri name..sedap tau name budak kecik tuu..
ni die >> Muhammad Saif Zulqarnain
wahhh..sedapnyeee name tuu..smart laaa...
ade makna yang bagus lak tuu..
tahniah2...
pastu2..tadi mencuba wat kek batik..nyum2..dengar kek batik pom dah sedap,
ape lagi kalau  aku ni yang kena kacau..pehhh
dah laa puasa...menggeletaq...
hhe..
resipi sepupu mak aku nii..cekda..

Kek Batik Ore Klate.

1 ketul buttercup
setengah tin susu pekat manis
5 biji telur
1 cawan mug milo
2 sudu koko
1 cawan mug air sejuk
1 pek biskut marie

cara2nya:
ambik buttercup panaskan dalam periuk,kacau2 key,lepas dah cair buttercup tuw,masukkan telur tu plak,proses mengacau mesti berterusan,agak2 dah sebati,masuk la milo tuwh..kacau dan kacau,masuk pulak koko,terus kacau..kalau dah nampak comey bercampur menggelegak,masuk la air sejuk tu,kacau2 sampai menggelegak k..sampai korang rase tangan tu dah terkena percikan koko tadi.tutup api,dan masukkan biskut marie,cepat2 patahkan biskut marie tu..klw lambat2 keras taw..lepas dah masukkn semua biskut marie,kacau adunan biar sebati,baru best.letak dlm bekas acuan,ratakan dia mcm kek tuu,terus letak dalam peti,pehh..
karang buka puasa boleh dah rase.kalau letak kat freezer jadi mcm keras2,sedap..sejuk..

so selamat mencuba..

boleh la tuntut ilmu lepas dah amek resepi..

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45-