Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Saturday, November 5, 2011

bile waktu sampai..

assalamualaikum,bismillah..
kamu2 semua..
cmne puase korang ari neyhh?
arap berterusan.ye2..
eyh,nnty ade org tanye plak..puasa ape?
aa..ari ni puasa sunat arafah..
cube bace artikel ini..
diambil dari..
http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-hari-arafah.html

PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH) 
Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).
Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim). 
Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?
Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.
Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).
Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)

jadi sudah terbukti kelebihannya..maaf aku terlupe nak memberitahu semalam..
esok aku hanye beraye di rumah sendiri kat melaka..untunglah korang yang ade rumah dekat dengan kampung...
contoh: kuantan >>> terengganu, terengganu >> kelantan
best laa.dekat..aku..
melaka >> terengganu >> kelantan..
pehhhh..sedap maaa...lame2...
pening kpale..
kemudian2,tahniah laa kepada pak sedare aku..
dapat baby baru,dan dah beri name..sedap tau name budak kecik tuu..
ni die >> Muhammad Saif Zulqarnain
wahhh..sedapnyeee name tuu..smart laaa...
ade makna yang bagus lak tuu..
tahniah2...
pastu2..tadi mencuba wat kek batik..nyum2..dengar kek batik pom dah sedap,
ape lagi kalau  aku ni yang kena kacau..pehhh
dah laa puasa...menggeletaq...
hhe..
resipi sepupu mak aku nii..cekda..

Kek Batik Ore Klate.

1 ketul buttercup
setengah tin susu pekat manis
5 biji telur
1 cawan mug milo
2 sudu koko
1 cawan mug air sejuk
1 pek biskut marie

cara2nya:
ambik buttercup panaskan dalam periuk,kacau2 key,lepas dah cair buttercup tuw,masukkan telur tu plak,proses mengacau mesti berterusan,agak2 dah sebati,masuk la milo tuwh..kacau dan kacau,masuk pulak koko,terus kacau..kalau dah nampak comey bercampur menggelegak,masuk la air sejuk tu,kacau2 sampai menggelegak k..sampai korang rase tangan tu dah terkena percikan koko tadi.tutup api,dan masukkan biskut marie,cepat2 patahkan biskut marie tu..klw lambat2 keras taw..lepas dah masukkn semua biskut marie,kacau adunan biar sebati,baru best.letak dlm bekas acuan,ratakan dia mcm kek tuu,terus letak dalam peti,pehh..
karang buka puasa boleh dah rase.kalau letak kat freezer jadi mcm keras2,sedap..sejuk..

so selamat mencuba..

boleh la tuntut ilmu lepas dah amek resepi..

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45-

0 SuKee TuLis yeE:

Post a Comment

Silakan Untuk Komen