Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Wednesday, November 30, 2011

sia-sia kah semua ini?

assalamualaikum..bismillah..
ape khabar korang??
sihat yer??moge sihat bersame mak,ayah,nenek,datuk,cucu,isteri,suami and sesape jee...
huu..hari nih ceritenye tak berape sangat kot..
alah...dulu2 aku ade blogg..
aku buat kat my space..ahakss...
ade criter taw..tapi mungkin tak best keyh!!
aku share boleh??
boleh yehh..
okeyh fine..amek jap yewhh..

http://www.myspace.com/nuradzul/blog/458922172

BAHAGIAMU ADALAH BAHAGIAKU
*cerpen ini tidak ada kaitan antara hidup dan mati



"Bersamamu kulewati
Lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumahu
Namun kenyataannya tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biar cinta hidup sekali ini saja
Tak sanggup bila harus jujur
Hidup tanpa hembusan nafasnya

Tuhan bila waktu dapat kuputar kembali
Sekali lagi untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini, biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali ini saja"

                     Lirik lagu itu Zila tatap sambil melihat sekeping gambar.Bila dia melihatnya semua ketenangan terukir di hati dengan indah tanpa sedikit kelukaan tercalit.Kenangan bersamanya terbayang semula,perkenalan yang berlaku secara tidak sengaja sehingga membuatkan kasih sayangnya semua tercurah kepada Azmir.Dia tidak sengaja ingin mencuba perkara yang tak pernah dilaluinya semasa di alam kehidupannya sehingga membuat dirinya tak sanggup meninggalkan seorang insan yang dianggap kekasih untuknya.Hanya seorang yang mengetahui tentang kisah hidupnya iaitu teman rapatnya,Qiba.Semua cerita tentang suka duka hidupnya dikongsi bersama temannya itu.Hubungan itu hanya terjalin selama 5 bulan kerana terpaksa.Bermulanya kisah Azmir bersama Azila di laman ms,sejak itu mereka menjadi kwan biasa tetapi hati Zila telah terpaut dengan sifat Azmir.Satu hari Zila terfikir bagaimana ingin meluahkan perasaannya itu,dia teringat akan nasihat Qiba bahawa luahkan semua yang kau rasa kemudian terima apa yang akan terjadi.Malam itu cuaca sejuk sehingga membuatkan Zila berkelubung di dalam selimutnya,dia masih terus bermesej dengan Azmir dan setiap kali setelah membalas mesej dari  kekasih hatinya itu dia akan memandang jam di dinding biliknya itu.Tepat pukul 12 malam tiba-tiba Azmir menelefonnya,dia terkebil-kebil memandang skrinnya itu sambil menelan air liur.Ini panggilan yang dia tak pernah jawab untuk seumur hidup kerana dia hanya berbicara dengan lelaki ketika ada kerja yang diperlukan sahaja."Assalamualaikum,hello ni Zila ke?",sayup suara itu ku dengar di awal panggilan.Aku cuba menenangkan perasaanku"Waalaikumussalam,ye saya ni.Minta maafla lambat angkat,tadi pergi dapur kejap.".Zila hanya menjawab apabila di tanya oleh Azmir sehingga satu saat mereka terdiam.Zila memulakan percakapannya dengan "Awak saya ada perkara nak beritahu awak tapi kita mesej boleh?".Tutur katanya disusun dengan nada yang perlahan."Ok,boleh",Azmir memutuskan talian itu setelah menjawabnya.Zila mula menaip mesej 'saya ada suka seseorang tetapi saya tak pernah jumpa dia dan kami berhubung dengan telefon juga ym,kami kenal sudah sebulan.',butang send ditekan.Azmir bertanya siapa yang dikatakan itu,Zila merasa patut atau tidak dia memberitahu namun tangannya tetap menaip nama itu'azmir hafiz bin hamzah'.Tersadar dia telah mendapat panggilan sekali lagi dari Azmir dengan gelbah dia mengangkat talian itu."Biar betul Zila,awak betul ke ni?",tanya Azmir ,aku hanya menjawab"Saya nak tahu awak terima atau tidak?kalau awak terima saya nak itu ikhlas dari hati awak dan saya tak mahu saya ni syok sendiri je".Dia terus menghentikan talian itu dan datang satu mesej mengatakan 'saya sebenarnya..'.Zila membalasnya dengan bertanyakan apa yang ingin dikatakannya.Azmir terus menukar panggilan dengan memanggil Zila dengan perkataan yang mesra.Zila ketawa dan mengejek Azmir.Malam itu malam yang paling Zila rasakan bahagia untuk hidupnya.
                                       ***                ***               ***
                    Sejak hari itu Zila sentiasa ceria ketika di mana-mana saja,dan menjadi seorang yang periang.Semua teman Zila pelik dengan sikap dia tapi yang pentingnya kawannya semua mesti ceria.Di sekolah dia menjadi seorang yang rajin belajar dan selalu aktif pada waktu riadah.Di rumah pula bila sekolahnya membenarkan semua pelajar asrama pulang ke rumah,dia lebih rajin ke dapur.Azmir selalu mengenakan dia kadang-kadang sehingga dia sakit hati nmun Zila tidak menyimpannya.Beberapa bulan kemudian Azmir mendapat tawaran ke universiti dan dia menyampaikan berita itu kepada Zila dengan gembira.Zila berdoa semoga Azmir akan menghabiskan pelajarannya hingga ke menara gading.Bila di 'U' biasalah takkan terlepas dengan assignment oleh itu mereka kadang-kadang tidak berhubung.Zila seorang yang memahami dan tidak pernah mengganggu Azmir,dia hanya memberi mesej kepada Azmir bila dia merasa sangat rindu.Skrin telefon Zila menyala dan nama Azmir naik menandakan Azmir menelefonnya.Zila mengangkatnya dan menjawab dengan biasa namun siapa sangka malam itu malam yang terakhir.Azmir memberitahu bahawa dia sebenarnya sedang buntu dalam masalah peribadinya itu,dia tidak mahu kehilangan apa yang dia miliki sekarang kerana mungkin Zila akan berpisah dengannya.Zila terkejut dan terus menjawab "Allah sentiasa di sisi kita dan berdoa banyak-banyak semoga mendapat hidayah darinya" lalu Zila terus memutuskan panggilan kerana tidak mahu Azmir berkata apa-apa lagi.Kelopak mata Zila yang sudah lama tidak berair mula digenangi air yang jernih lalu berjurai satu persatu mutiara ke pipinya.'Ya allah,aku tidak kuat lagi untuk menahan segalanya.Apa yang akan berlaku aku tidak mampu menerimanya',desus hati Zila sambil bersujud diatas sejadah.Zila memohon kepada yang maha Esa agar Azmir mendapat petunjuk sebenarnya dan semoga hatinya rela menerima setiap keputusan itu.Petang ahad Zila menelefonnya agar mendapat semangat untuk ke sekolah tapi kekecewaan membelenggu,dia tidak mengangkatnya.Lalu Zila menyimpan telefon itu di tempat yang sepatutnya.Selang dua minggu Zila ditahan di wad kerana ketika dia menyertai aktiviti perkhemahan satu kecelakaan menimpa Zila yang menyebabkan pendarahan yang banyak.Qiba mengambil keputusan menelefon Azmir untuk mengkhabarkan berita ini.Dia mencapai diari Zila yang dihadapannya dihiasi dengan  sekeping gambar.Dia membuka muka terakhir Zila tulis kerana Zila sendiri menyuruh berbuat demikian.Alangkah terkejutnya bahawa sebenarnya Zila ada penyakit barah di tahap yang sukar diubati.Sedang asyik Azmir menyiapkan assigmentnya Azmir melihat telefonnya ada mesej yang mengatakan'salam,ni kwn Zila..Zila akan tinggalkan kita bila masa saje'.Azmir trkejut lalu dia menelefon Qiba dan meminta ingin bercakap dengan Zila."Zila sedang bertarung nyawa kerana dia sedang koma di hospital",lantas Qiba memutuskan panggilan.Azmir menjerit "Apa ni?aku tak percaya".
                                ***                      ***                          ***
                   Beberapa minggu kemudian Zila tersedar dan sebenarnya dia dapat merasakan bahawa dia akan pergi tidak lama lagi tapi dia tidak mahu semua susah hati memikirkan halnya.Azmir menelefon Qiba dan bertanya di hospital mana Zila berada.Dia ingin menjenguk Zila kerana sayangnya masih ada lagi pada Zila.Sehingga sekarang beginilah Zila,hanya gambar orang yang tersayang menjadi peneman hidupnya Sedang asyik dia menatap gambar Azmir dia terkejut kerana tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke wadnya padahal tadi doktor sudah datang.Zila perasan gambar Azmir telah jatuh di bawah katilnya dan lelaki itu pula menuju ke arahnya.'Lelaki tu aku rasa macam pernah nampak tapi kat mana',desus hati Zila sambil membetulkan tudungnya,semakin dekat langkah lelaki itu ke arah Zila."Assalamualaikum ila",sapa lelaki itu,dia memakai t-shirt hitam dan berseluar jeans.Zila terpaku kerana hanya seorang saja yang memanggilnya ila,dia sudah tahu siapa di sisinya kini.Masa inilah yang dinantikan Zila sebelum dia pergi meninggalkan semua."Waalaikumussalam",jawab Zila dengan perlahan.Azmir duduk di kerusi yang disediakan di sisi katil Zila dan dia memandang ke arah Zila sebentar lalu terus tunduk.Zila sebenarnya takut Azmir perasan gambarnya di bawah katil itu namun Azmir dengan tangkasnya mengambil kertas yang ada di bawah katil Zila itu.Dia tidak melihatnya namun terus pergi ke arah bakul sampah yang berada di hadapan katil Zila."Mir jangan buang,tunggu tu Zila punya",jerit Zila kepada Azmir  lantas dia memandang ke arah lain kerana dia malu.Azmir melihat kertas itu mengandungi foto gambarnya,baru dia tahu Zila sebenarnya masih menyayanginya.Dia terus pergi ke arah Zila lantas memberi gambar itu dan mengatakan "Ila terima kasih kerana masih menyayangi Mir tapi kenapa Ila sanggup berkorban seluruh kasih sayang itu dangan memberinya kepada orang lain."Zila dengan tenang menjawab "Cinta tak semestinya memiliki namun cukup kita dapat melihat dia bahagia,walaupun kita terluka separuh mati",Azmir memandang wajah Zila ada ketenangan yang tersembunyi di situ dan tidak mampu dia ungkapkan.Mata Zila berkaca kerana menahan air jernih itu keluar di hadapan seorang lelaki yang dia amat sayang tapi Zila tidak mampu lalu berderailah air matanya itu ke pipinya.Cukup sunyi sekali di wad itu kerana pesakit di dalam itu semua sedang berehat.Azmir tak mampu melihat keadaan dia sebegini lalu tangisan itu dikesat dengan tangannya berlapikkan tisu.Zila membetulkan kedudukannya dan mengambil dua buah barang yang satu berbalut dengan kertas hadiah yang amat cantik dan yang selainnya sebuah buku seperti diari.Dia menghulurkan kedua-dua barang itu kepada Azmir sambil memandang mata Azmir
memberikan isyarat bahawa ambil barang itu.Azmir pelik kenapa Zila memberi diarinya kepada dia.Zila berbaring semula kerana dia terasa ingin berehat selamanya,semua kemahuannya telah dituruti dan kini tiba masanya dia pergi dengan aman disamping Azmir."Mir,ila nak minta maaf kalau ila ada salah dengan mir dan halalkan semua yang mir pernah bagi kat ila,umur kita tak tahu sampai bila mungkin lepas ni ila",percakapan Zila terhenti kerana Azmir meletakkan jarinya menyuruh Zila tidak menyambung percakapannya itu lagi.Azmir menyuruh Zila berehat sambil diselimutkan olehnya."Mir bahagiamu adalah bahagiaku kerana setiap ketawamu itu adalah kebahagianku",kata Zila sambil memegang tangan Azmir sebelum Azmir berlalu meninggalkannya.Azmir senyum lantas pergi keluar untuk ke surau sebentar.
                                   ***                  ****                     ***
                       Selesai bersolat,Azmir berdoa semoga Allah memberinya petunjuk dan hidayah dalam hidupnya,tidak lupa juga untuk kesihatan Zila.Azmir lantas bangun dan bergegas ke wad Zila tapi dengan langkah yang tenang.Tiba di wad Zila,Azmir pelik mengapa ramai berkerumun di katil Zila.'Takkan doktor nak wat check kat Zila lagi',desus Azmir dan pergi kepada doktor yang berada di katil Zila itu.Azmir lihat seluruh badan Zila telah diselimutkan,dia meminta laluan kepada orang yang berada di situ.Azmir membuka selimut itu terlihat wajah Zila yang penuh ketenangan itu,dia terus memeluk Zila sambil menjerit,"Ila!!kenapa ila tak bertahan?tunggu mir,ila!jangan pergi lagi.Mir  sayang ila dan ingin mengubati semula hati ila.Ila!!".Air mata lelaki mengalir di wajah Azmir kerana teringat akan kata Zila sebelum dia pergi.Semua disitu menenangkan Azmir dan mereka bersimpati dengannya,lalu mereka beredar dari situ.Azmir mencium kepala Zila yang berlapik tudung itu lalu meletakkannya kembali dengan baik,dia mencapai diari Zila dan ketika itu tepat pula membuka helaian yang ditujukan kepada dirinya.
                   12/11/2008
      Kepada Azmir:
Zila gembira dengan azmir setiap ketika walaupun kita tidak mempunyai apa2 hubungan,mungkin sudah cukup waktu untuk zila memegang cinta azmir.Zila paksa diri untuk terima kenyataan tapi dengan hati yang hancur.Biarlah azmir bahagia bersamanya,mungkin itu yang terbaik untuk azmir.Lagipun zila takkan dapat membahagiakan azmir,setiap kejadian ada hikmah tersendiri.Zila masih sayangkan azmir dan yang terbaiknya adalah perasaan itu terpendam di hati.
Azmir meletakkannya kedua-dua diari tersebut di atas alamrinya,lalu menutup lampu biliknya dan masih terngiang-ngiang suara Zila yang ceria bersamanya  dan ucapannya kali terakhir beserta senyuman di wajahnya membuat Azmir tenang.

okeyh..siap...maaf panjang sgt..aku takde niat...
ceriter nih adalah rekaan dari pengalaman2 sahabat2 aku dulu2 zaman muda  mudi..
sia-siakah?ape yang aku bagi korang tengok ni?

0 SuKee TuLis yeE:

Post a Comment

Silakan Untuk Komen