Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Monday, February 27, 2012

andai hari ini hari terakhirku..

assalamualaikum....bismillah...
alhamdulillah...sementara aku masih hidup ini..
satu  hal yang kita semua takkan boleh lupe,
buat wasiat setiap hari kerana pa?
sebab nye,kita takkan tahu bile kita akan pergi..
sejak sebulan yang lalu..tiap kali aku berprogram bersama adik2..
dalam LDK,aku suka ingatkan adik2 tentang bende nih..
penting sangat bagiku..kerana maut itu bile2 mase saje akan memanggilku..
MAUT merupakan satu perkataan yang sangat sakit untuk didengar oleh manusia,sangat pedih,menghibakan...
tetapi bagi insan yang menghargai kehidupannya dengan nilaian kasih Illahi yang tak pernah kurang..
nikmat yang melimpah hingga tak tahu mana nikmat mana ujian..
sungguh hinanya hambamu ini Ya Allah,..
tak pernah merasai nikmat yang kau kurniakan dengan kesyukuran yang sepenuhnya..
ya Allah jika hari ini hari terakhirku untuk bersama sahabat2 ku,
izinkan aku melafazkan satu kalimah yang tak pernah aku sebut,aku mencintai mereka..
ya Allah jika hari ini hari terakhirku untuk bersama ibu bapaku,
aku harap agar mereka telah mengampuni segala dosa2ku terhadap mereka,
dan aku ingin nyatakan bahawa maafkan aku sekiranya aku tidak dapat menjadi
anak mereka yang sebaiknya,
aku sangat kecewa dengan diriku ini yang sangat lemah menghadapi kehidupanku kini..
dan ingin sekali aku lakukan satu hal ini yang aku selalu lihat..
ketika aku berprogram bersama adik2,mereka pulang dan ibu bapa mereka memeluk mereka dengan erat,
dengan kasih dan cinta yang dapat dilihat dengan jelas.
mencium pipi dengan kasih yang tak dapat dipisahkan..
kadang2 menitis juga air mata ini kerana aku mahu rasai seperti mereka..
tapi aku memahami,tak semestinya ibu bapaku tidak menyayangi ,
bukanlah tanda pelukan itu yang sangat diharapkan tetapi lihat lah pada wajah mereka berdua..
yang sentiasa tersenyum,ketawa bersama,
dan aku bersyukur,..
kepada guru-guruku,terima kasih kerana telah mendidikku..
kata2 indah tak pandai aku lakarkan tetapi
jika dilihat pada hati ini..
terasa sayu aku ketika berpisah bersamamu guru2ku..
kerana cintaku kepada gugusan2 ilmu yang aku dahagakan itu
kau perahkan untukku..
sejak aku berumur 5 tahun lagi..
dan sejak lahir juga,ibu dan bapaku mendidikku..
untuk bakal pendampingku yang aku sendiri tidak tahu siapakah dia..
mugkin ini hari terakhirku,aku sentiasa menantimu...
untuk bersama di syurga..
buat umat2 islam di dunia ini,
ingin aku beritahu kepadamu bahawa,pelajarilah ilmu Al-Quran dan Hadis..
kerana satu hari nanti akan hilang ia di muka bumi yang penuh kesesatan ini..
jangan takut akan kematian,tetapi berubahlah sebelum terlambat..
kerana aku tak ingin saudara islamku semua pergi menghadap Allah dengan kosongnya hati...
sedih rasa,bile kau jauh dari cintaNya..
aku sendiri tidak tahu aku di tahap apakah pada pandanganNya..
kalaulah aku sempat mengajakmu sebelum aku pergi..
mungkin aku akan gembira...
terakhir sekali..aku  cuma mahu ulangi kepadamu wahai insan yang membaca warkah ini,
jangan takut akan kematian,tetapi carilah cara untuk kau dekat kepadaNya agar kau lebih merindui saat kematian itu...
wallahualam...
wassalam..
Sunday, February 26, 2012

aku cinta kamu..

assalamualaikum..bismillah..
alhamdulillah,aku sangat bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk menitipkan lagi serpihan
luahan rasa hatiku..
buatmu sahabatku..
tak kira kau berada di mana sekalipun..
aku sentiasa mengingatimu..
menyayangimu hingga ke syurga sana..
sentiasa aku menitipkan doa agar cinta kita sentiasa di bawah perlindunganNya..
walau aku tidak bertegur sapa kepadamu,aku tidak menghantar nukilan cinta seperti sahabat2 lain..
tapi di dalam hati ini penuh rasa rindu,rindu akan kenangan kita yang terukir indah di masa lalu..
biar kini kita berjauhan,
kau di sana bersama alam barumu,dan aku di sini bersama suasana baruku.
tetap tak dapat berganti cinta seorang sahabat sepertimu..
berbeza,berlainan..
sukar aku ungkapkan sahabatku..
dalam kesunyian sejenak ini,aku kembali mengutip memori2 silam kita bersama,
memburu cinta Illahi yang kita dambakan...
menyelusuri perasaan yang aku telah lama hiraukan,..
di kejauhan itu aku lihat kau gembira bersama mereka sahabat barumu..
aku bersyukur kerana itu lebih membahagiakan dari melihat kau keseorangan ketika melalui
jalan berliku itu..
aku tidak merasa kecil hati jika kau tidak mengingatiku lagi,kerana kau punya pilihan untuk bersahabat
dengan ramai..
tenangnya bila aku melihat kau ketawa di sampingnya.berbagi rasa,cukuplah itu memberi tanda kau sentiasa bahagia..
kerana aku sangat mencintaimu sahabat...


Saturday, February 25, 2012

aku rela pergi dulu..

assalamualaikum..bismillah..
harap pembaca semua sihat..trima kasih kerana menyokong..
alhamdulillah,aku masih lagi bernafas di dunia ini dengan keadaan fizikal dan semua masih baik..
tapi aku terfikir sejenak..
dalam kesunyian seorang diri,jauh dari umi dan walid..adik beradik yang comel2..
aku terasa sebak,
sudah hampir sebulan aku tidak pulang ke rumah..menatap wajah ibu bapaku..
dalam hatiku,terdapat sudut delima perasaan yang tak dapat diungkapkan..
aku sebagai perempuan yang sememangnya fitrah memerlukan seorang pendamping untuk meluah perasaan,membahagi kasih bersama seorang lelaki,sedangkan satu sudut lagi aku memerlukan walid dan umi,kerana mereka tempat pertama aku mendapat kasih sayang,menjagaku dengan baik,tak ade sesiapa yang mampu menjagaku sebegitu rupa..
bile aku terfikir tentang kahwin,akan terdetik di dalam hatiku,
bile aku sudah dimiliki oleh suamiku,aku mungkin akan berjauhan dari umi dan walidku..
hidupku mula berubah,aku perlu sendiri...
andai aku ditakdirkan pergi dahulu sebelum umi walidku pergi,maka aku terima Ya Allah,kerana itu lebih menenangkan bagiku,.
daripada aku melihat jasad mereka,membebankan mereka dengan air mataku...
aku rela kerana adik beradikku yang lain masih memerlukan kasih sayang mereka Ya Allah..
biarlah takdirku untuk bersama mereka sebentar,namun adik beradik ku dapat merasai kasih sayang mereka yang berkekalan hingga ke syurga..
semoga Allah mengampuni dosa ibu bapa kita..Amin..
tiada ape yang terpenting di dalam  hidupku hanya mereka...



P/s: menangislah akan dosa2 mu kepada ibubapamu semntara mereka masih hidup,sebelum ia meninggalkanmu unutk selamanya
Tuesday, February 21, 2012

Saya Join, Pasti Dapat Doodle

assalamualaikum..bismillah..
hee..saya join mesty saye dapat doddle kawan2!!
saye tak taw cmne nak backlink la...
hee jadi hentam je la..betol tak..
semua suke tak tengok gambar doodle abg nih..
comeyl2 belake..cute lak tuw..
saye suke gune abg nih punye doddle..
cantik dan hensem..
meow2...!! ^____^
jadi sebagai pengguna blog..jom kiter join abg nih punye segmen..=) ghee..

name panjang yang diberi Nur Adila Shokri tapi orang selalu panggil saya dila,kak dila,kak dina pon ade..
blog saye satu je celahanhati92.blogspot.com
dan lahir di Hospital USM,Kubang Kerian,Kelantan..
warna yang sangat disukai adalah hijau dan oren!!
yeah..^_______^

jom kawan2!!join nih!! impian si gadis purple , ainsmonologue , penguasahatiku , ketuk-ketuk hati

Saturday, February 4, 2012

Cerpen bersiri : E untuk P

"wahh,tak sabarnye nak berkhidmat untuk taaruf week akan datang ni"
klik2,,aktif tangan mila bergerak di keyboard laptopnye..sambil mengupdate status di 'Tambfrend'..
bukan main seronok si mila,tersengeh2 tengok status dye,di like oleh kawan2nye..
mila tengok jam kat laptopnye dah pukul 12.45 pm..sambil mengenyeh matanya..dye log out dari Tambfrend & terus shut down laptopnye..aduhai,mata nih tak nak lelap pulak..
esok hari terakhir duduk kat rumah,luse dah duduk kat kampus untuk induksi..
huh!!keluh mila,macam sedih pon ade bisiknya di dalam hati..
"Kaklong!!umi suruh bangunlah",dengan longlainya mila bangun ke tandas membasuh muka,berwudhu'.
balik bilik dia pandang katil dan sejadah dengan kuyu..
baru teringat dia dah nak kena balik pagi ni..
bersiap2 dan terus ke dapur,bungkus lauk untuk tengahari..jimat kan..
adik2nya yang 6 orang semua dah bersiap sedia angkat beg dia...
sampai kampus,mila terus ke dewan Al-Iskandar untuk check in bilik..tengok2 name,frust terus mila..
namenye dekat mahallah khadijah,jauh dari kawan2nye..
tapi dengan niat ikhlas nak membantu semasa Taaruf Week..semua itu harus direlakan..
dia sampai di bilik dan berkenalan dengan sahabat baru..
dah 4 hari dia menempuhi minggu induksi nih..ramai kawan baru yang ditemui..bahagia  sungguh..
tak kira siang malam,bersama2 geng security and transport dia tu..macam adik beradik,rapat,susah senang bersama..
hari kelima itu semua kerja dah siap dibahagi,mila punye geng 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan...bahagian transport,memang takde kerja lagi awal2..
jadi mereka bersama2 buat keputusan tok berpecah pada awal2 nih..
mila berpecah cari kerja kat geng lain,dia pergi ke satu geng yang ade kawannya di situ,.
kawan mila kate mereka perlukan orang lagi,mila terus bergegas ke kerusi atas di dewan mesyuarat itu..
kawan mila,salsabila tarik mila dekat dengan kerusinya..
mila takut nak tanye ketua salsabila,jadinya bella la yang kena tolong..
"Muaz!!",jerit bella..muaz terus pandang dengan muka yang begitu..
mila terdiam..

dalam hatiku..

assalamualaikum..bismillah..
alhamdulillah,kita masih lagi dapat bernafas di dalam atmasfora cintaNya..
namun terkadang cinta manusia itu hadir apabila..
terlihat dia...
aku sendiri tidak tahu ape ertinya semua ini..
tanpa sapaan ia hadir,menjelma di fikiran ini..
namun ku biarkan ia..
andai itu sekadar datang dan pergi..
aku rela ia pergi.



Friday, February 3, 2012

akhirnya..

assalamualaikum..bismillah..
alhamdulillah..
keputusanku untuk perkara itu telah didecidekan..
firstly aku tak dftar jadi mentor mentee..
ouuhh..sedih..
tapi takpe akan ade mase lain..

dengan rasminya..mata ini telah berjaya menjadi juara..hehe

Thursday, February 2, 2012

mane satu??nak ke tak nak?

assalamualaikum..bismillah..
alhamdulillah..hari nih..aku rase sangat lega..
kerana dapat mengulang hafazan hadis..
seronok gak..
tapi ade yang tak seronoknya..
aku sedang berfikir2 dari hari pertama aku dftar sem 3 nih..
aku fikir dan terus fikir...
aku layak ker jadi mentor???aku nak jadi mentor kerr??aku serius nak jadi mentor dan kena ade komitmen lebih sikit selain study tok sendiri??
ooowww!!!!fikiran aku kabur dan kabut..
ape jawapan yang patot aku letak..
esok last daftar tok jadi mentor...
tapi fikir2 balik tak nak tapi kalau tak nak rugi..sebab ruginye..
aku tak dapat pengalaman dalam menjadi sebahagian dari bidang guru..
owww....
ape nih dah berlaku...celaruku..
ya atau tidak..pilih mane nih?