Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Tuesday, June 21, 2011

TaHa@U saye suke

TuNgGu tAw!!

Sebagai usaha TH yang berterusan untuk membantu kerajaan dalam pembangunan modal insan yang dinamik dan cemerlang, TH telah melancarkan satu kelab khas untuk pelajar-pelajar IPT.  Kelab ini dikenali sebagai “TaHa@U’ sebagai kesinambungan kepada Kelab TaHa yang dibuka untuk pelajar sekolah yang berumur 7 hingga 17 tahun yang telah ditubuhkan pada tahun 2008.

Bukti kejayaan penubuhan penubuhan Kelab ini ialah ianya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pihak sekolah dan pelajar.  Sehingga kini, keahlian Kelab TaHa telah mencecah seramai 501,897 orang.  Kejayaan ini juga adalah hasil hubungan yang erat antara TH dengan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Berita Harian yang telah dapat dijalinkan melalui pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan pelajar sekolah.  Selain dari itu, untuk makluman penubuhan Kelab TaHa@U telah mendapat sokongan daripada YB Menteri Kementerian Pengajian Tinggi.


KERJASAMA DENGAN BERITA HARIAN

Melalui kerjasama dengan Berita Harian, semua aktiviti berkaitan Kelab TaHa@U akan dimuatkan dalam akhbar ini menerusi sisipan ’Varsiti’ yang diterbitkan pada setiap Khamis dan telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 14 Januari 2010

Akhbar sisipan Varsiti ini mendapat sokongan penuh Kementerian Pengajian Tinggi yang menaja sejumlah 1.2 juta naskhah Berita Harian untuk diedarkan kepada pelajar IPT awam di setiap negeri.

PELANCARAN KELAB TaHa@U

Pelancaran Kelab TaHa@U telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir b Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 18 Mei 2010 di tapak Kompleks THTerengganu, Kg Tangjung Ngangsa Mukim Kuala Nerus Kuala Terengganu.

 OBJEKTIF

Objektif penubuhan Kelab ini adalah atas kesedaran kepada pelajar IPT betapa pentingnya menanam minat menabung di usia muda, membina generasi kini untuk mengisi kepimpinan masa depan, mempelbagaikan program dan aktiviti untuk ahli demi membangkitkan keinginan menunaikan ibadat haji di usia muda dan membina generasi yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah serta Negara.

KEISTIMEWAAN KELAB TaHa@U

Melalui penyertaan dalam Kelab TaHa@U, ahli berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti seperti berikut

i.          Program Skim Latihan Graduan
 ii.         Latihan amali/praktikal
iii.        Program sukarelawan semasa musim haji dalam operasi haji tanah air
iv.        Program mentor dan mentee di antara pelajar universiti dan pelajar sekolah
v.         Program kemasyarakatan TH/IPT di bawah Kelab TaHa@U
vi.        Dikenali sebagai Duta TaHa
vi.        Menyertai aktiviti kelab seperti sukan/riadah/peraduan yang  dianjurkan bersama BeritaHarian
vii.       Diskaun harga di lebih 200 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

Syarat-syarat menjadi ahli kelab adalah seperti berikut:
i.    Individu beragama Islam
 ii.   Warganegara Malaysia.
 iii.   Permastautin tetap
 iv.   17 tahun ke atas dan masih menuntut di IPTA dan IPTS
 v.   Telah mempunyai akaun TH, jika belum boleh buka akaun TH dengan simpanan serendah RM2 sahaja.
 vi.  Keahlian ahli disahkan melalui nombor pelajar atau nombor matrik

PENDAFTARAN KEAHLIAN
Keahlian boleh dibuat melalui kaedah berikut:
  • Mengisi Borang Keahlian yang dimuatkan dalam Sisipan varsiti akhbar Berita Harian pada setiap Khamis atau melalui risalah TaHa@U yang terdapat di mana-mana cawangan TH yang berhampiran.
  • Borang pendaftaran hendaklah dikembalikan melalui faks ke Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-7724959 atau dihantar ke pejabat cawangan TH yang berhampiran.
  • Tiada sebarang yuran tahunan dan yuran pendaftaran dikenakan kepada setiap ahli.
  • Kad pelajar IPTA/IPTS adalah bukti keahlian.


Kolum di akhbar
  • Peraduan uji minda
  • Artikel terpilih
  • Komik (10 siri)
  • Aktiviti ahli

* Tertakluk kepada pindaan
  • 10 hadiah utama berupa simpanan TH
  • Karya ahli TaHa@U dan peraduan
  • Berkisarkan kehidupan relajar U
  • Publisiti aktiviti yang dijalankan


diambil dari :
https://www.facebook.com/note.php?note_id=201187913230057

0 SuKee TuLis yeE:

Post a Comment

Silakan Untuk Komen