Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Sunday, December 11, 2016

Mendung Sekeping Hati

Hujan menitis lebat di luar pintu kaca. Seperti mengetahui apa yang berlaku di dalam hati gadis itu.Tuhan Maha Mengerti atas segala kekusutan seorang hamba ini. Tersedar segalanya berlaku dalam sekejap masa. Gadis itu sedar dia perlu terus berjalan. Tiada yang mengetahui isi kandungan sebenar-benar dalam hati dia. Dia luahkan kepada sahabat²nya dengan senyuman dan kegembiraan. Mendengar kisah kesedihan sahabat²nya. Menenangkan kekusutan sahabat tercintanya. Biarlah yang disebalik senyuman itu,tersimpan dan terasing di dalam hatinya sendiri. Gadis yang berjalan di dalam hujan itu, sedang meluahkan kepada langit, tentang keadaan penyesalan dirinya yang terlupa dahulu. Tetapi apakan daya, gadis itu baru menyedarinya tiap yang ditemuinya sebenarnya adalah kaca, kaca yang bakal membunuhnya kembali dan itu benar² terjadi. Sampai satu ketika gadis itu ingin Tuhan jadikan dia lupa,tentang siapa² yang pernah datang menghampiri hidupnya. Bencinya terhadap semua jantina yang berbeza darinya, buat dia tak mahu mengakui lagi kewujudan manusia bertopeng itu. Di hatinya penuh duri yang ingin satu² dia genggam agar hancur tiada erti kemanusiaan di situ. Dia ingin lepaskan kebencian itu, ingin sekali bertanya kepada Tuhannya kenapa begitu kejam hidup itu kepadanya,tetapi dia tahu siapa Tuhannya maka gadis itu sedar hidup ini bukan sekadar di dunia semata kerana yang kekal di akhirat sana. Gadis itu kembali melihat kisah² kebahagiaan seorang hamba yang sentiasa mencintai Tuhannya, gadis itu berdoa semoga satu hari nanti hatinya takkan lagi serapuh kulit kayu yang mati, biar jiwa gadis itu kental dengan dipenuhi apa yang dinama cinta sejati kepada Illahi semata di dunia dan di akhirat.

Photobucket

0 SuKee TuLis yeE:

Post a Comment

Silakan Untuk Komen