Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Tuesday, October 18, 2011

kehilangannya..

TuNgGu tAw!!
hari ini aku menunggu mase untuk telingaku dibedah..
entah aku dapat melihat dunia ini lagi atau tidak.itu aku tak pasti.
yang pastinya semua mengharap aku akan sembuh selepas ini walau harapan agak tipis kerana aku kemungkinan akan kehilangan pendengaran..
tetapi kalau dibiarkan lebih parah..tak sanggup aku nak rasa keparahan ini..
tak ape lah..kalau keluarga dah bersungguh nak suruh..aku ikut je..
mereka pasti nak yang terbaik..
telingaku mengalami ketumbuhan tanpa aku sedari..nak pakai skaf pun susah..
tapi aku kena bertahan..
ketumbuhan itu membesar sedikit demi sedikit telah menghalang pendengaranku...
aku terpaksa tangguhkan pengajianku untuk semester depan ini..
kerana rawatan lanjutan perlu dijalankan setiap hari selepas pembedahan..
setiap hari ayahku datang menemaniku..ibuku duduk di rumah menguruskan adik-adikku..
mereka akan datang pada waktu siang,kadang-kadang hari minggu..
nurse pula selalu bertanya akan keadaanku..pernah sekali aku mengalami seperti kerasukan..
sebelum dihantar ke hospital..mungkin kerana stress menghadapi kesakitan ini..
aku menjerit,meminta tolong..ibuku mengosok kepalaku sambil membaca ayat syahadah..
aku menjerit lagi meminta dibacakan ayat itu dengan al-fatihah..ayat kursi..
aku sedar tak sedar..cuba membuka mata..
aku tenang dan berada di hospital..
aku pening sangat dan penat..
doktor mencucuk jarum yang tajam untuk mengalirkan darah..berapa kali aku tak tahu..
sebab tak jumpa urat aku..
nasib baik aku tak rasa sakit..
ayahku menungguku di hospital..berada di sisiku siang malam..
kadang-kadang bila mengingatkan pengorbanan itu..aku seperti hendak meminta maaf banyak-banyak kerana telah menyusahkan ayahku..
ayahku sanggup mengambil cuti..
hidup di wad itu memang memboringkan rasa macam nak turun round satu hospital..
ayahku tidur di katil lain..ada satu malam aku cari mana ayah aku ni..aku tengok rupanya ayah aku kat sebelah sana.kawasan tu memang tak ada orang..
aku pun tidur balik..
nasib baik ada katil lebih..rasa kenyang selalu bila sakit ni..
rasa nak makan kuih,beli tapi sampai malam tak makan juga..
ayah aku makankan..hehe
aku tidur je lah..tak habis-habis..
sedang aku tidur tiba-tiba aku terdengar suara beberapa orang datang berada tidak jauh dari katil aku...macam berbisik..suruh kejutkan seorang pesakit..tapi tak dengar nama pesakit itu siapa..

0 SuKee TuLis yeE:

Post a Comment

Silakan Untuk Komen