Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Sunday, February 26, 2012

aku cinta kamu..

assalamualaikum..bismillah..
alhamdulillah,aku sangat bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk menitipkan lagi serpihan
luahan rasa hatiku..
buatmu sahabatku..
tak kira kau berada di mana sekalipun..
aku sentiasa mengingatimu..
menyayangimu hingga ke syurga sana..
sentiasa aku menitipkan doa agar cinta kita sentiasa di bawah perlindunganNya..
walau aku tidak bertegur sapa kepadamu,aku tidak menghantar nukilan cinta seperti sahabat2 lain..
tapi di dalam hati ini penuh rasa rindu,rindu akan kenangan kita yang terukir indah di masa lalu..
biar kini kita berjauhan,
kau di sana bersama alam barumu,dan aku di sini bersama suasana baruku.
tetap tak dapat berganti cinta seorang sahabat sepertimu..
berbeza,berlainan..
sukar aku ungkapkan sahabatku..
dalam kesunyian sejenak ini,aku kembali mengutip memori2 silam kita bersama,
memburu cinta Illahi yang kita dambakan...
menyelusuri perasaan yang aku telah lama hiraukan,..
di kejauhan itu aku lihat kau gembira bersama mereka sahabat barumu..
aku bersyukur kerana itu lebih membahagiakan dari melihat kau keseorangan ketika melalui
jalan berliku itu..
aku tidak merasa kecil hati jika kau tidak mengingatiku lagi,kerana kau punya pilihan untuk bersahabat
dengan ramai..
tenangnya bila aku melihat kau ketawa di sampingnya.berbagi rasa,cukuplah itu memberi tanda kau sentiasa bahagia..
kerana aku sangat mencintaimu sahabat...


0 SuKee TuLis yeE:

Post a Comment

Silakan Untuk Komen