Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Monday, July 29, 2013

sudahkah sempurna segala amalanku?



assaLAMualaikum..bismillah..alhamdulillah,mampu menulis sebaris rasa di halaman usang ini

sejak akhir ini..aku terasa mudah tersentuh..

Allah,tersentuh hati ini bile baca status di bawah ini,bilakah diri ini akan rasa sepertinya...hmmm


niqab itu bagi saya "sentuhan" Allah.
bukan saja anugerah tapi REZEKI BESAR yang perlu dikendurikan.
niqab ini tarbiyah ulung khas buat wanita.
dengan niqab, saya nak buat jahat pon dah tak sanggup.
dengan niqab, saya yang marah meluap-luap sampai nak menyumpah pon saya tak sanggup.
dengan niqab, saya sentiasa berada didalam kawasan berbaik sangka.
dengan niqab, saya menjadi ingat saya ini WANITA WARISAN RASSULLULAH.
dengan niqab, saya jadi sentiasa berasa cukup didalam urusan-urusan dunia.
dengan niqab, saya mengalami peristiwa manis setiap hari leps itu akan menangis pula berhari-hari.T_T
dengan niqab, saya merasa oh!aku terlalu sempurna menjadi wanita islam.
dengan niqab, saya menjadi redha, lapang dada,sabar...ah!indah!
pokok pangkal,NIQAB pemula akhlak dan sahsiah, pertahanan ibadah dan persiapan seorang syahidah!
yang penting NIQAB inilah bagi saya
JALAN MENUJU KAMAR SOLEHAH yang ABADI.insya Allah...

sangat teringin menjadi sepertinya..
Ya Allah..permudahkanlah segalanya untukku..


Photobucket






Sunday, July 21, 2013

jauh mata dekat di hati..kalau dah jodoh...^_^

assalamualaikum..
bismillah..
alhamdulillah masih boleh mengarang..
tinggal 1 minggu lagi nak exam tilawah 2
dan 1 minggu lagi nak balik rumah..rindu rumah..
nak buat kuih raye..
nak balik kampung..
nak join kenduri pak sedare(bile lagi aku nih,tak lame la tuh kan..hehehe)
sume laa bestnyee dapat balikkampung..
jumpe ramai sedare..kalau dah ade kete sendiri..
nak balik kampung nak pusing satu terengganu ngan kelantan n bercuti kat tempat best2..
yeah2...suke2..

Photobucket











Thursday, July 18, 2013

resepi nekbat

assalamualaikum..
bismillah..
alhamdulillah..
okeyh..sahabat2..
saem2 hok baco blog ambo nih..
brehi dop nekbat..
mok ayoh ambo minat nekbat nih..

nok try bulih laa..

Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12 biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.
pinjam google

haa..nih comey sungguh kuih nih..manih leting..
Photobucket



terima kasih blog nih..resepi asal



Wednesday, July 17, 2013

berniqab? malu?

assalamualaikum..
bismillah..
alhamdulillah ptg ramadhan yang ke 8 nih..dapat lagi saya nukilkan satu post...
berdasarkan tajuk yang dinyatakan..
niqab?malu?
tajuk yang mungkin bagi saya sangat besar isunya..
itulah cita2 yang saya pendamkan sejak dari matrikulasi lagi
bile ntah saya mampu mengenakannya..
rindu membuak pada usrah yang pernah diikuti..
kerana usrahlah saya tetap di jalanNya,sentiasa diingati oleh ahli2 usrah..
owh indahnya berusrah..
di situlah mulanya timbul rasa indahnya bersahabat disulami perjuangan dalam islam..
tapi kini aku rindu usrah yang telah ku tinggalkan sendiri..
ahli usrah bertaut kasih sayangnya kerana ada makan dalam talam ramai2..entah apa perasaaan ini..
aku rasa sunyi..ingin sekali mengulanginya..
rindu dengan suasana itu..
ingin aku berjuang untuk islam bersama sahabat2 yang pernah berada di jalan yang sama..
InsyaAllah..aku mampu..aku akan kembali ke sana,ke tempat itu,ke suasana itu..
niqab..aku akan cuba menjadikan ia realiti di dalam hidupku..
usrah akan ku aplikasikan didalam usrah cinta bersama suamiku dan anak-anakku nanti( bile tibe masanya)
Ya Allah pertemukan sahabat2ku dan aku dengan pendamping hidup yang bersama2 ingin meraih redhaMu hingga ke syurga..Amin..aku akan sentiasa bersama mereka untuk menempuhi jalanMu..
akan ku merealitikan semua yang diimpikan..
malu tidak akan menjadi penghalang..
doakan aku agar dapat berniqab di dalam hati dan di luarnya juga...


Photobucket





Saturday, July 6, 2013

aku juga punya impian

bismillah..
baru aku nampak..blog ini byk aku nukilkan tentang luahan perasaanku..
mungkin ini cara aku meluahkan perasaan..
aku tidak pandai menzahirkan dengan cara tetapi dengan menulislah aku mampu mewarnakan apa yang aku rasakan sekarang..

hmm..aku hanya perempuan biasa...
aku juga punya impian...
aku lihat,senyum dan di dalam hati menitis titik sedih itu..
tapi aku cuba tersenyum agar zahir ini akan terus terlihat ceria..
biarlah sendu itu di dalam jiwa ini saja..

setiap kali aku lihat dia,
dia selalu di minati ramai tak kira cerdik pandai beragama dan bergaya
dan orang yang meminatinya itu sentiasa mengambil tahu tentang dia,
dan orang yang meminatinya itu sentiasa menceritakan keayuannya,kelembutannya,
dan orang yang meminatinya itu bersungguh untuk mendapatkan dia,menjaga dia
dan dia mungkin berhak memiliki semua itu..

buatku,mimpi itu hanya di siang hari
yang tidak mungkin menjadi kenyataan...
kerana aku hanya insan yang bukannya seayu dia,selembut dia..
kerana itu aku hanya berhak bermimpi sebagai orang yang
mengharap kepada yang sebaliknya...

terkadang berfikir sendiri..
dia yang bersamaku ini adakah terpaksa atau kasihan..




Photobucket