Bagi aku,aku tak nak ada kawan yang sejenis dari kaum lelaki. Sebab kalau kawan lelaki, dia juga teman aku, dia juga tempat cerita aku, dia tempat aku berkongsi perangai senget² aku, dia orang yang selalu ambil tahu pasal aku, dan yang terakhir dia adalah orang yang akan mendampingi aku selepas keluarga aku (bakal suami/suami). Ya,memang aku bukan macam korang yang bebas, kuat hati, tak kuat perasan. Aku jenis yang susah nak bergaul dengan manusia lelaki. Jadi kalau tibe² lelaki yang dah lame sangat take care keadaan aku, selalu sangat layan perangai aku, ada saje nak diceritakan kat aku walau sekecil benda, dan banyak lagi perkara yang membuat aku perasan maka dia telah buat aku rasa perasan sebagai seorang yang penting dalam hidup lelaki. Aku lupa yang lelaki boleh berlakon, bertopeng, menipu, berubah. Aku benci sangat dengan perangai perasan aku. Aku dah cuba,tapi aku memang macam tu, hati tisu, hati yang mudah makan kata² dan perlakuan baik. Jadi cukuplah, kalau setakat nak kawan atas nama kawan, tak perlu cari aku. Biarkan aku saja, biar aku rawat sendiri penipuan yang kaum lelaki pernah datang dan pergi seolah mempermainkan itu.

Sunday, December 11, 2016
Mendung Sekeping Hati
Hujan menitis lebat di luar pintu kaca. Seperti mengetahui apa yang berlaku di dalam hati gadis itu.Tuhan Maha Mengerti atas segala kekusutan seorang hamba ini. Tersedar segalanya berlaku dalam sekejap masa. Gadis itu sedar dia perlu terus berjalan. Tiada yang mengetahui isi kandungan sebenar-benar dalam hati dia. Dia luahkan kepada sahabat²nya dengan senyuman dan kegembiraan. Mendengar kisah kesedihan sahabat²nya. Menenangkan kekusutan sahabat tercintanya. Biarlah yang disebalik senyuman itu,tersimpan dan terasing di dalam hatinya sendiri. Gadis yang berjalan di dalam hujan itu, sedang meluahkan kepada langit, tentang keadaan penyesalan dirinya yang terlupa dahulu. Tetapi apakan daya, gadis itu baru menyedarinya tiap yang ditemuinya sebenarnya adalah kaca, kaca yang bakal membunuhnya kembali dan itu benar² terjadi. Sampai satu ketika gadis itu ingin Tuhan jadikan dia lupa,tentang siapa² yang pernah datang menghampiri hidupnya. Bencinya terhadap semua jantina yang berbeza darinya, buat dia tak mahu mengakui lagi kewujudan manusia bertopeng itu. Di hatinya penuh duri yang ingin satu² dia genggam agar hancur tiada erti kemanusiaan di situ. Dia ingin lepaskan kebencian itu, ingin sekali bertanya kepada Tuhannya kenapa begitu kejam hidup itu kepadanya,tetapi dia tahu siapa Tuhannya maka gadis itu sedar hidup ini bukan sekadar di dunia semata kerana yang kekal di akhirat sana. Gadis itu kembali melihat kisah² kebahagiaan seorang hamba yang sentiasa mencintai Tuhannya, gadis itu berdoa semoga satu hari nanti hatinya takkan lagi serapuh kulit kayu yang mati, biar jiwa gadis itu kental dengan dipenuhi apa yang dinama cinta sejati kepada Illahi semata di dunia dan di akhirat.

Friday, December 9, 2016
Bila tiba
Bila tiba masa aku takkan mengganggu kau lagi
Bila tiba masa nanti aku takkan menaip lagi cerita² kita
Bila tiba masa aku takkan dapat tengok kau senyum lagi masa berjaya memenuhi cita² kau
Bila tiba satu masa nanti kau jangan lupa datang cari aku kat mana yang kau rasa itu tempat kita sepatutnya bertemu
Terlalu lama aku berlari mengejar sampai aku terlepas apa yang diimpikan
Dan bila tiba kali terakhir itu,ingat aku takkan lupa kau walau kat mana²
P/s: ini mungkin post terakhir, aku rasa nak tutup fb,blog,whatsapp mungkin...
Have a good day

Wednesday, December 7, 2016
Cara Meneruskan Kehidupan
Hahaha...
Tajuk acah-acah macam orang baru balik perang...
Betul dah tu korang datang bace post aku nih...
Alright, apa yang penting untuk teruskan kehidupan adalah Allah Yang Esa...
Tolonglah percaya satu perkara Allah sebenarnya sedang menyembunyikan satu hikmah dalam hidup kita...
Mesti satu hari nanti korang akan nampak kebenarannya...
Hidupkan semua amalan-amalan yang membawa kita lebih dekat kepada Allah...
InsyaAllah bermaknalah hidup korang walau ditinggal oleh seisi manusia didunia ini...
Kemudian, tolong ubah persepsi nikmat itu kepada amanah...
Barulah kita memahami semua rezeki yang Allah kurniakan itu adalah satu tanggungjawab yang dipikul oleh kita sepanjang nafas hidup di dunia ini...
Bilamana kita dapat mengubah perspektif nikmat kepada amanah maka kita lebih mengingati yang kita adalah milik Allah...
Jadi, teruskan jalan kehidupan kita sama-sama...
Yang putus harapan untuk bangkit kerana manusia...
Tolong, renung sejenak, dia bukan Tuhan kau yang boleh memberi kebahagiaan selamanya melainkan dia cuma manusia yang bukan sejalan dengan kau...
Okay, cukuplah aku tulis setakat tu...
Harap boleh doakan aku terus bangkit semula...
P/s: IMPORTANT!!
Kamsamida to the person. Hahaha, the person who was encouraged me to write again in this blog. Thank you a lot. You are the person.
So have a good day my reader.

Saturday, December 3, 2016
December favourite
Annyonghaesayo (dlm hati jual sayur sangat)
Haha,hai pembaca dan pengunjungku...
Terima kasih klik link ni..
Kamsamida...
Alright, aku nak kongsi apa ya dengan korang kali nih,favourite aku nih bertukar² everyday or everyweek..
So yang aku nak share adalah: (tararaaa!!!)
1) susu kelapa,weyh tak tipu susu nih macam coconut shake,cuma die tak berais dan tak rasa krup krup isi kelapa je,tapi overall aku terima cintanya,haha Dutch Lady Coconut Delight. Korang kene cuba.
2) jeruk mangga muda,hei hei hei jeruk nih laku jee,bagi laa kat sesape peminat jeruk² habis semangkuk. Korang mesti tahu dah cara buat kan,tak payah la bagitahu kot ehh,kalau nak tahu juga,comment bawah okey geng.
3) air campuran halia muda,timun,daun teh asli,cuka epal,limau nipis,minyak kelapa dara,air alkali,air biasa. Haha,banyak weyh,peduli apa,apa yang ada campur je. Prinsip tidak membazir dipegang. kikiki.
Okeylah,itu saja la yang aku nak tulis,lain² simpan dalam hati beri pada Allah. So goodbye korang. assalamualaikum.
P/s: weyh first update blog gune fon. Jangan lupa makan sihat okey. Jaga solat,jaga iman,jaga hati. Kemain nasihat. k stop.

![]() |
| #susu #macamcoconutmilkshake #dutchlady |
2) jeruk mangga muda,hei hei hei jeruk nih laku jee,bagi laa kat sesape peminat jeruk² habis semangkuk. Korang mesti tahu dah cara buat kan,tak payah la bagitahu kot ehh,kalau nak tahu juga,comment bawah okey geng.
3) air campuran halia muda,timun,daun teh asli,cuka epal,limau nipis,minyak kelapa dara,air alkali,air biasa. Haha,banyak weyh,peduli apa,apa yang ada campur je. Prinsip tidak membazir dipegang. kikiki.
![]() |
| #buangangin #sihat |
Okeylah,itu saja la yang aku nak tulis,lain² simpan dalam hati beri pada Allah. So goodbye korang. assalamualaikum.
P/s: weyh first update blog gune fon. Jangan lupa makan sihat okey. Jaga solat,jaga iman,jaga hati. Kemain nasihat. k stop.
Tuesday, November 29, 2016
Tutup buku dan terus berjalan
Tutup buku dan terus berjalan
Kerana aku tahu nanti sejarah itu akan terbakar
Ia akan terbakar mengikut waktu yang berjalan
Pasti aku sedar apa yang Tuhan tetapkan itulah yang hakiki
Sekali lagi aku bersyukur
Aku masih ada semua nikmat Tuhan
CintaNya dan Kasih sayangNya yang penuh menyelubungi alam ini
Siapa aku untuk mempersoalkan yang ditakdirkanNya
Itulah kebenarannya
Itulah titiknya
Aku terus berdiri bersama rahmatNya
Aku dan hidup ini
Bersama memori lalu juga akan hilang walau kesannya di situ
Inilah permulaan untuk aku berjalan
Aku tahu jalan itu ada
Terima kasih waktu atas pengalaman
Aku masih kuat bersama semangat ini
Satu hari nanti aku akan bertemu kamu
Hadiah senyuman akan kupaparkan
Menunjukkan kebahagiaan itu ada
Selama Tuhan mengurniakan nikmat ini
Titik.

Subscribe to:
Posts (Atom)