Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Wednesday, November 30, 2011

sia-sia kah semua ini?

assalamualaikum..bismillah..
ape khabar korang??
sihat yer??moge sihat bersame mak,ayah,nenek,datuk,cucu,isteri,suami and sesape jee...
huu..hari nih ceritenye tak berape sangat kot..
alah...dulu2 aku ade blogg..
aku buat kat my space..ahakss...
ade criter taw..tapi mungkin tak best keyh!!
aku share boleh??
boleh yehh..
okeyh fine..amek jap yewhh..

http://www.myspace.com/nuradzul/blog/458922172

BAHAGIAMU ADALAH BAHAGIAKU
*cerpen ini tidak ada kaitan antara hidup dan mati



"Bersamamu kulewati
Lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumahu
Namun kenyataannya tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
Izinkan aku untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biar cinta hidup sekali ini saja
Tak sanggup bila harus jujur
Hidup tanpa hembusan nafasnya

Tuhan bila waktu dapat kuputar kembali
Sekali lagi untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini, biarkan cinta ini
Hidup untuk sekali ini saja"

                     Lirik lagu itu Zila tatap sambil melihat sekeping gambar.Bila dia melihatnya semua ketenangan terukir di hati dengan indah tanpa sedikit kelukaan tercalit.Kenangan bersamanya terbayang semula,perkenalan yang berlaku secara tidak sengaja sehingga membuatkan kasih sayangnya semua tercurah kepada Azmir.Dia tidak sengaja ingin mencuba perkara yang tak pernah dilaluinya semasa di alam kehidupannya sehingga membuat dirinya tak sanggup meninggalkan seorang insan yang dianggap kekasih untuknya.Hanya seorang yang mengetahui tentang kisah hidupnya iaitu teman rapatnya,Qiba.Semua cerita tentang suka duka hidupnya dikongsi bersama temannya itu.Hubungan itu hanya terjalin selama 5 bulan kerana terpaksa.Bermulanya kisah Azmir bersama Azila di laman ms,sejak itu mereka menjadi kwan biasa tetapi hati Zila telah terpaut dengan sifat Azmir.Satu hari Zila terfikir bagaimana ingin meluahkan perasaannya itu,dia teringat akan nasihat Qiba bahawa luahkan semua yang kau rasa kemudian terima apa yang akan terjadi.Malam itu cuaca sejuk sehingga membuatkan Zila berkelubung di dalam selimutnya,dia masih terus bermesej dengan Azmir dan setiap kali setelah membalas mesej dari  kekasih hatinya itu dia akan memandang jam di dinding biliknya itu.Tepat pukul 12 malam tiba-tiba Azmir menelefonnya,dia terkebil-kebil memandang skrinnya itu sambil menelan air liur.Ini panggilan yang dia tak pernah jawab untuk seumur hidup kerana dia hanya berbicara dengan lelaki ketika ada kerja yang diperlukan sahaja."Assalamualaikum,hello ni Zila ke?",sayup suara itu ku dengar di awal panggilan.Aku cuba menenangkan perasaanku"Waalaikumussalam,ye saya ni.Minta maafla lambat angkat,tadi pergi dapur kejap.".Zila hanya menjawab apabila di tanya oleh Azmir sehingga satu saat mereka terdiam.Zila memulakan percakapannya dengan "Awak saya ada perkara nak beritahu awak tapi kita mesej boleh?".Tutur katanya disusun dengan nada yang perlahan."Ok,boleh",Azmir memutuskan talian itu setelah menjawabnya.Zila mula menaip mesej 'saya ada suka seseorang tetapi saya tak pernah jumpa dia dan kami berhubung dengan telefon juga ym,kami kenal sudah sebulan.',butang send ditekan.Azmir bertanya siapa yang dikatakan itu,Zila merasa patut atau tidak dia memberitahu namun tangannya tetap menaip nama itu'azmir hafiz bin hamzah'.Tersadar dia telah mendapat panggilan sekali lagi dari Azmir dengan gelbah dia mengangkat talian itu."Biar betul Zila,awak betul ke ni?",tanya Azmir ,aku hanya menjawab"Saya nak tahu awak terima atau tidak?kalau awak terima saya nak itu ikhlas dari hati awak dan saya tak mahu saya ni syok sendiri je".Dia terus menghentikan talian itu dan datang satu mesej mengatakan 'saya sebenarnya..'.Zila membalasnya dengan bertanyakan apa yang ingin dikatakannya.Azmir terus menukar panggilan dengan memanggil Zila dengan perkataan yang mesra.Zila ketawa dan mengejek Azmir.Malam itu malam yang paling Zila rasakan bahagia untuk hidupnya.
                                       ***                ***               ***
                    Sejak hari itu Zila sentiasa ceria ketika di mana-mana saja,dan menjadi seorang yang periang.Semua teman Zila pelik dengan sikap dia tapi yang pentingnya kawannya semua mesti ceria.Di sekolah dia menjadi seorang yang rajin belajar dan selalu aktif pada waktu riadah.Di rumah pula bila sekolahnya membenarkan semua pelajar asrama pulang ke rumah,dia lebih rajin ke dapur.Azmir selalu mengenakan dia kadang-kadang sehingga dia sakit hati nmun Zila tidak menyimpannya.Beberapa bulan kemudian Azmir mendapat tawaran ke universiti dan dia menyampaikan berita itu kepada Zila dengan gembira.Zila berdoa semoga Azmir akan menghabiskan pelajarannya hingga ke menara gading.Bila di 'U' biasalah takkan terlepas dengan assignment oleh itu mereka kadang-kadang tidak berhubung.Zila seorang yang memahami dan tidak pernah mengganggu Azmir,dia hanya memberi mesej kepada Azmir bila dia merasa sangat rindu.Skrin telefon Zila menyala dan nama Azmir naik menandakan Azmir menelefonnya.Zila mengangkatnya dan menjawab dengan biasa namun siapa sangka malam itu malam yang terakhir.Azmir memberitahu bahawa dia sebenarnya sedang buntu dalam masalah peribadinya itu,dia tidak mahu kehilangan apa yang dia miliki sekarang kerana mungkin Zila akan berpisah dengannya.Zila terkejut dan terus menjawab "Allah sentiasa di sisi kita dan berdoa banyak-banyak semoga mendapat hidayah darinya" lalu Zila terus memutuskan panggilan kerana tidak mahu Azmir berkata apa-apa lagi.Kelopak mata Zila yang sudah lama tidak berair mula digenangi air yang jernih lalu berjurai satu persatu mutiara ke pipinya.'Ya allah,aku tidak kuat lagi untuk menahan segalanya.Apa yang akan berlaku aku tidak mampu menerimanya',desus hati Zila sambil bersujud diatas sejadah.Zila memohon kepada yang maha Esa agar Azmir mendapat petunjuk sebenarnya dan semoga hatinya rela menerima setiap keputusan itu.Petang ahad Zila menelefonnya agar mendapat semangat untuk ke sekolah tapi kekecewaan membelenggu,dia tidak mengangkatnya.Lalu Zila menyimpan telefon itu di tempat yang sepatutnya.Selang dua minggu Zila ditahan di wad kerana ketika dia menyertai aktiviti perkhemahan satu kecelakaan menimpa Zila yang menyebabkan pendarahan yang banyak.Qiba mengambil keputusan menelefon Azmir untuk mengkhabarkan berita ini.Dia mencapai diari Zila yang dihadapannya dihiasi dengan  sekeping gambar.Dia membuka muka terakhir Zila tulis kerana Zila sendiri menyuruh berbuat demikian.Alangkah terkejutnya bahawa sebenarnya Zila ada penyakit barah di tahap yang sukar diubati.Sedang asyik Azmir menyiapkan assigmentnya Azmir melihat telefonnya ada mesej yang mengatakan'salam,ni kwn Zila..Zila akan tinggalkan kita bila masa saje'.Azmir trkejut lalu dia menelefon Qiba dan meminta ingin bercakap dengan Zila."Zila sedang bertarung nyawa kerana dia sedang koma di hospital",lantas Qiba memutuskan panggilan.Azmir menjerit "Apa ni?aku tak percaya".
                                ***                      ***                          ***
                   Beberapa minggu kemudian Zila tersedar dan sebenarnya dia dapat merasakan bahawa dia akan pergi tidak lama lagi tapi dia tidak mahu semua susah hati memikirkan halnya.Azmir menelefon Qiba dan bertanya di hospital mana Zila berada.Dia ingin menjenguk Zila kerana sayangnya masih ada lagi pada Zila.Sehingga sekarang beginilah Zila,hanya gambar orang yang tersayang menjadi peneman hidupnya Sedang asyik dia menatap gambar Azmir dia terkejut kerana tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke wadnya padahal tadi doktor sudah datang.Zila perasan gambar Azmir telah jatuh di bawah katilnya dan lelaki itu pula menuju ke arahnya.'Lelaki tu aku rasa macam pernah nampak tapi kat mana',desus hati Zila sambil membetulkan tudungnya,semakin dekat langkah lelaki itu ke arah Zila."Assalamualaikum ila",sapa lelaki itu,dia memakai t-shirt hitam dan berseluar jeans.Zila terpaku kerana hanya seorang saja yang memanggilnya ila,dia sudah tahu siapa di sisinya kini.Masa inilah yang dinantikan Zila sebelum dia pergi meninggalkan semua."Waalaikumussalam",jawab Zila dengan perlahan.Azmir duduk di kerusi yang disediakan di sisi katil Zila dan dia memandang ke arah Zila sebentar lalu terus tunduk.Zila sebenarnya takut Azmir perasan gambarnya di bawah katil itu namun Azmir dengan tangkasnya mengambil kertas yang ada di bawah katil Zila itu.Dia tidak melihatnya namun terus pergi ke arah bakul sampah yang berada di hadapan katil Zila."Mir jangan buang,tunggu tu Zila punya",jerit Zila kepada Azmir  lantas dia memandang ke arah lain kerana dia malu.Azmir melihat kertas itu mengandungi foto gambarnya,baru dia tahu Zila sebenarnya masih menyayanginya.Dia terus pergi ke arah Zila lantas memberi gambar itu dan mengatakan "Ila terima kasih kerana masih menyayangi Mir tapi kenapa Ila sanggup berkorban seluruh kasih sayang itu dangan memberinya kepada orang lain."Zila dengan tenang menjawab "Cinta tak semestinya memiliki namun cukup kita dapat melihat dia bahagia,walaupun kita terluka separuh mati",Azmir memandang wajah Zila ada ketenangan yang tersembunyi di situ dan tidak mampu dia ungkapkan.Mata Zila berkaca kerana menahan air jernih itu keluar di hadapan seorang lelaki yang dia amat sayang tapi Zila tidak mampu lalu berderailah air matanya itu ke pipinya.Cukup sunyi sekali di wad itu kerana pesakit di dalam itu semua sedang berehat.Azmir tak mampu melihat keadaan dia sebegini lalu tangisan itu dikesat dengan tangannya berlapikkan tisu.Zila membetulkan kedudukannya dan mengambil dua buah barang yang satu berbalut dengan kertas hadiah yang amat cantik dan yang selainnya sebuah buku seperti diari.Dia menghulurkan kedua-dua barang itu kepada Azmir sambil memandang mata Azmir
memberikan isyarat bahawa ambil barang itu.Azmir pelik kenapa Zila memberi diarinya kepada dia.Zila berbaring semula kerana dia terasa ingin berehat selamanya,semua kemahuannya telah dituruti dan kini tiba masanya dia pergi dengan aman disamping Azmir."Mir,ila nak minta maaf kalau ila ada salah dengan mir dan halalkan semua yang mir pernah bagi kat ila,umur kita tak tahu sampai bila mungkin lepas ni ila",percakapan Zila terhenti kerana Azmir meletakkan jarinya menyuruh Zila tidak menyambung percakapannya itu lagi.Azmir menyuruh Zila berehat sambil diselimutkan olehnya."Mir bahagiamu adalah bahagiaku kerana setiap ketawamu itu adalah kebahagianku",kata Zila sambil memegang tangan Azmir sebelum Azmir berlalu meninggalkannya.Azmir senyum lantas pergi keluar untuk ke surau sebentar.
                                   ***                  ****                     ***
                       Selesai bersolat,Azmir berdoa semoga Allah memberinya petunjuk dan hidayah dalam hidupnya,tidak lupa juga untuk kesihatan Zila.Azmir lantas bangun dan bergegas ke wad Zila tapi dengan langkah yang tenang.Tiba di wad Zila,Azmir pelik mengapa ramai berkerumun di katil Zila.'Takkan doktor nak wat check kat Zila lagi',desus Azmir dan pergi kepada doktor yang berada di katil Zila itu.Azmir lihat seluruh badan Zila telah diselimutkan,dia meminta laluan kepada orang yang berada di situ.Azmir membuka selimut itu terlihat wajah Zila yang penuh ketenangan itu,dia terus memeluk Zila sambil menjerit,"Ila!!kenapa ila tak bertahan?tunggu mir,ila!jangan pergi lagi.Mir  sayang ila dan ingin mengubati semula hati ila.Ila!!".Air mata lelaki mengalir di wajah Azmir kerana teringat akan kata Zila sebelum dia pergi.Semua disitu menenangkan Azmir dan mereka bersimpati dengannya,lalu mereka beredar dari situ.Azmir mencium kepala Zila yang berlapik tudung itu lalu meletakkannya kembali dengan baik,dia mencapai diari Zila dan ketika itu tepat pula membuka helaian yang ditujukan kepada dirinya.
                   12/11/2008
      Kepada Azmir:
Zila gembira dengan azmir setiap ketika walaupun kita tidak mempunyai apa2 hubungan,mungkin sudah cukup waktu untuk zila memegang cinta azmir.Zila paksa diri untuk terima kenyataan tapi dengan hati yang hancur.Biarlah azmir bahagia bersamanya,mungkin itu yang terbaik untuk azmir.Lagipun zila takkan dapat membahagiakan azmir,setiap kejadian ada hikmah tersendiri.Zila masih sayangkan azmir dan yang terbaiknya adalah perasaan itu terpendam di hati.
Azmir meletakkannya kedua-dua diari tersebut di atas alamrinya,lalu menutup lampu biliknya dan masih terngiang-ngiang suara Zila yang ceria bersamanya  dan ucapannya kali terakhir beserta senyuman di wajahnya membuat Azmir tenang.

okeyh..siap...maaf panjang sgt..aku takde niat...
ceriter nih adalah rekaan dari pengalaman2 sahabat2 aku dulu2 zaman muda  mudi..
sia-siakah?ape yang aku bagi korang tengok ni?
Tuesday, November 29, 2011

milo quakeroat..

assalamualaikum...bismillah..
korang penah makan quaker oat??
aku sekarang nih addicted lak makan quaker oat..
aku gune milo dan susu manis..
sedap jugak..
care2nye..mudah sangat..
beberape sudu oat ikut korang laa..
pastu buh air panas terus buh susu cair..
sikit sudah nak bagi rase manis sikit...
then milo..
huhu!!
macam coklat dah!!
sedap dan siap..
nak makan ngan buah2 pom boleh..
aku makan dengan buah epal hijau..
credit to nana blog
selamat mencube..

Monday, November 28, 2011

alangkah bagusnye manusia..

assalamualaikum...bismillah..
alhamdulillah aku masih beruntung dapat merasai ciptaan Allah di sini..
di awal muharam ni..
ade yang meninggalkan dunia ni,dah ditutup pintu dunia,menanti dihisab pada tanggal awal muharam..
hidup di dunia yang penuh dugaan,godaan,,
astaghfirullah...sekuat manakah iman hambaMu ini..
hmm..semalam 10 malam,telah hilang seorang lelaki..
telah menjadi ayah kepada seorang anak perempuan dan tok untuk cucu2nye..
mungkin Allah menetapkan yang terbaek untuk dirinya..
tokki nazrin telah meninggalkan dunia yang fana ini..
Al-fatihah untuknya..
credit to dendang blogger

oowwhhh...Malaysia..
Harimau Muda telah jatuh di tangan Bahrain dalam mase 6 minit..
jelas wajah2 pemain merase sangat kesal..
lebih2 lagi Khairul Fahmi..sangat rase bersalah..
tapi aku tetap menyokong mereka..walau kalah..
tapi kalah yang bernilai 2-3..,
namun kesedihan pasti sangat dirasai..
mungkin takdir telah menentukan begini..
teruskan menambah kesungguhanmu..
kerana Allah merancang sebaik2 perancangan..
mereka telah berusaha sekeras mungkin untuk Malaysia..
buat mereka yang komen2 pedas kepada thamil dan fakri..
fikir la sendiri kalau ko sendiri atas padang..hadap mende2 tu semue,.
kalo ko kalah..nescaye aku buu ko awal2 laa...

Sunday, November 27, 2011

awal muharam detik permulaan..

assalamualaikum..bismillah..
alhamdulillah..telah masuk satu muharam 1433hijrah..
okeyh,firstly aku harap di awal tahun ini..
aku dapat memberi kebaikan kepada insan2 diluar sane..
dapat menjadi seorang muslim yang berwibawa di kampus..
semoga ku juga tegar dalam menghadapi ujian yang bakal dihadapi pada sem2 yang mendatang..
Amin..
doa ini buat sahabat2 juge..
3/12/2011 bakal mendatang..semakin dekat..
seram tuu..
doakan aku ye korang agar aku dengan senang hati interview bersama telaga biru..
iye,..mekaseh sume..

hey2,straight to the topic..aku berjaya membaiki blog ni balik..
mekaseh idea..
sume dari Allah..korang tahu tak..
tetibe aku adew satu idea..ahaa..
bayangkan satu bilik yang gelap..
dan aku lupe ape idea aku..tupp..dah laa..tak yah bayang..

terimelah ucapan ini..
special for u all..
syukrann..
pss..tak sabar tunggu esok..HARIMAU MUDA beraksi!!!
wuhuu!!
nak tengok aksi adik nazmi..

Saturday, November 26, 2011

buat idea..

assalamualaikum..bismillah...
korang penah ade angan2 tak??
aku ade angan2 mase duk asrama dulu..
maklumlah sape yang penah skola kat skola ku dulu nih mesti tahu.
namenye..Maahad Ehya El-Karim kat Tanjung Bidara,Melaka..
ahaa..duduk kat aspuri naim kat belakang...jauh dari kantin asrama..
ape yang aku sangat mimpi2kan..
ade dapur kat asrama tuwh..sebuahh bilik disediakan dengan peti sejuk,dapur gas,gas..
yeahh!!maksudnye ape??
mase kat uia pom aku nak jugak cmtu!!
ahaha...
setiap asrama disediakan sebuah bilik sebagai dapur..
sebagai tempat tok makan dan masak..haha.
ade ker???
oleh itu,pelajar2 malaysia nih boleh la dikira sebagai pelajar kreatif dan berdikari..
bijak masak dan bijak belajar..
ini adalah idea,dan jangan mengusutkan pikiran korang k..just penulisan mungkin menjadi kenyataan atau terkubur sekadar idea...pro and cons..

Friday, November 25, 2011

teruskan kehidupan

assalamualaikum..bismillah..
untuk semua...
sekarang kehangatan bagi pelajar STPM dan SPM..
heh..
sebenarnye..banyak sangat aku nak coretkan pada masa ni..tapi tak teratur dahh..makin hilang nihh..
well...takpe laa..
sekarang cerita pertama:
hey2 boys girlz..tahu kan hidup nih bukan sekadar lalu jee..
tapi menceroboh,menolak,menghampiri dan bermacam2 lagi..
jadi itu same macam mase tyme study jugak..kite harus kental dan kuat melawan cabaran dihadapan..
kerana bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah..
itu mak aku kate..
semuanya berpandukan kepada kehedak kita...kalau nak berjaya mestilah kuat...
takde orang yang boleh ubah diri kita..
takde orang boleh suke2 paksa kita..
tapi kalau dah tak faham2 keadaan,terpaksalah seseorang memaksa kita demi kejayaan kita sendiri..
itulah aku,pedoman buatku..
cerita kedua:
toink2..see this!!!
ingat tak kita makan same2 dulu..2 seposen..
wahhh dah la sedap!!!!
sekarang ade agy k??rasenye susah jumpe dah nihh..
so kalau sesape jumpe gtaw aku sekarang jugak..

cerita ketiga:
dah laa habis sudah crite nihh..
k laahhh...mungkin aku tak boleh menjadi penulis blog yang terbaek..tapi sekadar main2 sudah..

wahai manusia jangan lupe tunai kewajipanmu..
mungkin ini jumaat terakhir untukmu..
tak sabar tunggu 3/12/2011...