Pages

:::SELAMAT DATANG KE CELAHANHATI92::: Hidup dengan cinta Allah baru kau tahu nilai kehidupan di akhirat
Wednesday, December 21, 2016

Korean Food Wave


Annyonghaesayooo!!
hehe 😉😉😉😉😉😉😉

Haha, macam tajuk kat atas tentang korea kan.
Okey, aku nak share kat korang pasal
makanan korea yang aku baru cuba.
Pastilah Halal okey.
Alright, benda pertama tu adalah ramen kimchi!!!
yeahh,hmm nak buat kimchi sendiri bila lah tak tahu.
tapi pastinya aku akan cuba buat kimchi sekali seumur hidup paling kurang

Inilah dia ramen kimchi dari Samyang... must try, tapi biasa je rasa dia. kuah dia tak pedas pun.

taraaaa!! bila dah siap..yeay walid umi rasa jugak.
 Yang kedua adalah Jjangmyeon. haha ni aku cuba dah kat Uia dulu dari sorang akak tuh jual. okey lah. tapi tak pedas lah. aku cepat  muak makan dia. hehe. sorry. kwik kwik.

sweetness of bean paste. should try. gaul2 mee tu, kalau boleh tambah cili padi sikit. sedap..hehe.derhaka sikit korea.
 Yang ketiga adalah kimchi. biasa kalau tempah apa2 makanan korea kimchi mesti ada untuk side dish. sedap. tapi bukan tekak aku.
kimchi!! nih halal punya. aku cepat muak juga dengan kimchi nih, hehehe maaf tekakku tekak cili padi.

Yang keempat adalah makan campur2 ko kate nasi berlauk campur. hah doshirak. aku terliur tapi duit tak cukup so tak sempat beli ni.
waaaa sedapnya doshirak. yang ni tak sempat cuba. tapi boleh ni cuba buat sendiri. siap tambah cili pad kang.opsssss sorry.hee

Yang kelima adalah kimbap. sedap kimbap. aku suka. nih suma punca dari drama korea dengan kawan cantik aku sorang tu ajar aku makan sushi. sampai jadi terminat.
waaa kimbap. best!!

Yang keenam ialah lunch box kot. tak ingat la aku.tapi best.

lunch box. ottoke mashitta

Yang ketujuh makanan famous nih. cheese bibimbap. ko boleh bayangkan tak masa baru dapat panas2 gaul cheese dia tarik melekat bila masuk lam mulut cheese lembut tu meresap rasa lemak2 masin dengan gaulan nasi perang nih. wehh sedap!
huwaaa. nih cheese bibimbap. sedap. nih tak payah ada cili sebab cukup bagiku cheese tercinta!cuba taw kat DUBU- DUBU 

Yang ketujuh adalah tteoboki. ahaaa ini paling sedap kegemaran aku. kebanyakan aku cuba ade rasa pedas. tuh yang buat benda ni jadi kegemaran. hmmm tapi mahal. aku kene belajar ni cmne aku nak buat tteo tu..hehe

pedas2 manis tteoboki. memang puas hati.

Yang kelapan dan kesembilan ialah banana milk dengan tart telur portugis. weyh sedap tahu tak. kegemaran aku tart apple dengan tart telur portugis macam kat bawah ni. wajib cuba.
yummy dessert. miss you food.

 

Yang terakhir ialah butterscotch bread pus cheese...ooooooootttooookeee...sangat sedap. bila cheese je sedap.

tak payah aku terang, korang tengok sendiri. pasti lapar.



p/s: sebenarnya aku alah dengan cheese dan susu. tapi cheese takkan mampu menjauhkan diri dari aku. cheese was being my love after chocolate.




Photobucket



 
Sunday, December 11, 2016

Penting?

Bagi aku,aku tak nak ada kawan yang sejenis dari kaum lelaki. Sebab kalau kawan lelaki, dia juga teman aku, dia juga tempat cerita aku, dia tempat aku berkongsi perangai senget² aku, dia orang yang selalu ambil tahu pasal aku, dan yang terakhir dia adalah orang yang akan mendampingi aku selepas keluarga aku (bakal suami/suami). Ya,memang aku bukan macam korang yang bebas, kuat hati, tak kuat perasan. Aku jenis yang susah nak bergaul dengan manusia lelaki. Jadi kalau tibe² lelaki yang dah lame sangat take care keadaan aku, selalu sangat layan perangai aku, ada saje nak diceritakan kat aku walau sekecil benda, dan banyak lagi perkara yang membuat aku perasan maka dia telah buat aku rasa perasan sebagai seorang yang penting dalam hidup lelaki. Aku lupa yang lelaki boleh berlakon, bertopeng, menipu, berubah. Aku benci sangat dengan perangai perasan aku. Aku dah cuba,tapi aku memang macam tu, hati tisu, hati yang mudah makan kata² dan perlakuan baik. Jadi cukuplah, kalau setakat nak kawan atas nama kawan, tak perlu cari aku. Biarkan aku saja, biar aku rawat sendiri penipuan yang kaum lelaki pernah datang dan pergi seolah mempermainkan itu.

Photobucket

Mendung Sekeping Hati

Hujan menitis lebat di luar pintu kaca. Seperti mengetahui apa yang berlaku di dalam hati gadis itu.Tuhan Maha Mengerti atas segala kekusutan seorang hamba ini. Tersedar segalanya berlaku dalam sekejap masa. Gadis itu sedar dia perlu terus berjalan. Tiada yang mengetahui isi kandungan sebenar-benar dalam hati dia. Dia luahkan kepada sahabat²nya dengan senyuman dan kegembiraan. Mendengar kisah kesedihan sahabat²nya. Menenangkan kekusutan sahabat tercintanya. Biarlah yang disebalik senyuman itu,tersimpan dan terasing di dalam hatinya sendiri. Gadis yang berjalan di dalam hujan itu, sedang meluahkan kepada langit, tentang keadaan penyesalan dirinya yang terlupa dahulu. Tetapi apakan daya, gadis itu baru menyedarinya tiap yang ditemuinya sebenarnya adalah kaca, kaca yang bakal membunuhnya kembali dan itu benar² terjadi. Sampai satu ketika gadis itu ingin Tuhan jadikan dia lupa,tentang siapa² yang pernah datang menghampiri hidupnya. Bencinya terhadap semua jantina yang berbeza darinya, buat dia tak mahu mengakui lagi kewujudan manusia bertopeng itu. Di hatinya penuh duri yang ingin satu² dia genggam agar hancur tiada erti kemanusiaan di situ. Dia ingin lepaskan kebencian itu, ingin sekali bertanya kepada Tuhannya kenapa begitu kejam hidup itu kepadanya,tetapi dia tahu siapa Tuhannya maka gadis itu sedar hidup ini bukan sekadar di dunia semata kerana yang kekal di akhirat sana. Gadis itu kembali melihat kisah² kebahagiaan seorang hamba yang sentiasa mencintai Tuhannya, gadis itu berdoa semoga satu hari nanti hatinya takkan lagi serapuh kulit kayu yang mati, biar jiwa gadis itu kental dengan dipenuhi apa yang dinama cinta sejati kepada Illahi semata di dunia dan di akhirat.

Photobucket
Friday, December 9, 2016

Bila tiba

Bila tiba masa aku takkan mengganggu kau lagi
Bila tiba masa nanti aku takkan menaip lagi cerita² kita
Bila tiba masa aku takkan dapat tengok kau senyum lagi masa berjaya memenuhi cita² kau
Bila tiba satu masa nanti kau jangan lupa datang cari aku kat mana yang kau rasa itu tempat kita sepatutnya bertemu
Terlalu lama aku berlari mengejar sampai aku terlepas apa yang diimpikan
Dan bila tiba kali terakhir itu,ingat aku takkan lupa kau walau kat mana²

P/s: ini mungkin post terakhir, aku rasa nak tutup fb,blog,whatsapp mungkin...

Have a good day
Photobucket
Wednesday, December 7, 2016

Cara Meneruskan Kehidupan

Hahaha...
Tajuk acah-acah macam orang baru balik perang...
Betul dah tu korang datang bace post aku nih...

Alright, apa yang penting untuk teruskan kehidupan adalah Allah Yang Esa...
Tolonglah percaya satu perkara Allah sebenarnya sedang menyembunyikan satu hikmah dalam hidup kita...
Mesti satu hari nanti korang akan nampak kebenarannya...
Hidupkan semua amalan-amalan yang membawa kita lebih dekat kepada Allah...
InsyaAllah bermaknalah hidup korang walau ditinggal oleh seisi manusia didunia ini...

Kemudian, tolong ubah persepsi nikmat itu kepada amanah...
Barulah kita memahami semua rezeki yang Allah kurniakan itu adalah satu tanggungjawab yang dipikul oleh kita sepanjang nafas hidup di dunia ini...
Bilamana kita dapat mengubah perspektif nikmat kepada amanah maka kita lebih mengingati yang kita adalah milik Allah...

Jadi, teruskan jalan kehidupan kita sama-sama...
Yang putus harapan untuk bangkit kerana manusia...
Tolong, renung sejenak, dia bukan Tuhan kau yang boleh memberi kebahagiaan selamanya melainkan dia cuma manusia yang bukan sejalan dengan kau...

Okay, cukuplah aku tulis setakat tu...
Harap boleh doakan aku terus bangkit semula...

P/s: IMPORTANT!!
       Kamsamida to the person. Hahaha, the person who was encouraged me to write again in this blog. Thank you a lot. You are the person. 



So have a good day my reader.






Photobucket
Saturday, December 3, 2016

December favourite

Annyonghaesayo (dlm hati jual sayur sangat)
Haha,hai pembaca dan pengunjungku...
Terima kasih klik link ni..
Kamsamida...
Alright, aku nak kongsi apa ya dengan korang kali nih,favourite aku nih bertukar² everyday or everyweek..
So yang aku nak share adalah: (tararaaa!!!)

1) susu kelapa,weyh tak tipu susu nih macam coconut shake,cuma die tak berais dan tak rasa krup krup isi kelapa je,tapi overall aku terima cintanya,haha Dutch Lady Coconut Delight. Korang kene cuba.
#susu #macamcoconutmilkshake #dutchlady

2) jeruk mangga muda,hei hei hei jeruk nih laku jee,bagi laa kat sesape peminat jeruk² habis semangkuk. Korang mesti tahu dah cara buat kan,tak payah la bagitahu kot ehh,kalau nak tahu juga,comment bawah okey geng.


3) air campuran halia muda,timun,daun teh asli,cuka epal,limau nipis,minyak kelapa dara,air alkali,air biasa. Haha,banyak weyh,peduli apa,apa yang ada campur je. Prinsip tidak membazir dipegang. kikiki.
#buangangin #sihat 


Okeylah,itu saja la yang aku nak tulis,lain² simpan dalam hati beri pada Allah. So goodbye korang. assalamualaikum.

P/s: weyh first update blog gune fon. Jangan lupa makan sihat okey. Jaga solat,jaga iman,jaga hati. Kemain nasihat. k stop.
Photobucket
Tuesday, November 29, 2016

Tutup buku dan terus berjalan

Tutup buku dan terus berjalan
Kerana aku tahu nanti sejarah itu akan terbakar
Ia akan terbakar mengikut waktu yang berjalan
Pasti aku sedar apa yang Tuhan tetapkan itulah yang hakiki

Sekali lagi aku bersyukur
Aku masih ada semua nikmat Tuhan
CintaNya dan Kasih sayangNya yang penuh menyelubungi alam ini
Siapa aku untuk mempersoalkan yang ditakdirkanNya

Itulah kebenarannya
Itulah titiknya
Aku terus berdiri bersama rahmatNya
Aku dan hidup ini
Bersama memori lalu juga akan hilang walau kesannya di situ

Inilah permulaan untuk aku berjalan
Aku tahu jalan itu ada
Terima kasih waktu atas pengalaman
Aku masih kuat bersama semangat ini

Satu hari nanti aku akan bertemu kamu
Hadiah senyuman akan kupaparkan
Menunjukkan kebahagiaan itu ada
Selama Tuhan mengurniakan nikmat ini
Titik.
 
 
 


Photobucket
Sunday, March 15, 2015

Meaning Surah Ar-Rahman

asssalamualaikum korang..
esok aku kene tasmi' and overall my hafazan i dont know either madam want to hear or not..
because this is my lacks..
but didnt Allah say to us,Allah will not bear us with what we cant do..
so better i try my best and strive for get ay marks..
but the special is i love this surah surah ar-rahman..
there is :

1- The Most Merciful
2- Taught the Quran
3- Created the man
4- Taught him eloquence
5- The sun and the moon move by precise calculation
6- The stars and trees prostrate
7- and the Heaven He raised and imposed the balance
8- that you not transgress within the balance
9- and established weight in justice and do not make defecient the balance
10- and the earth He laid out for the creatures
11- therein is a fruit and palm trees having sheats of dates
12- and grain having husks and scented plants
13- so which of the favors of your Lord would you deny?
14- He created man from clay like that a pottery
15- and he created the jinn from a smokeless flame of fire
16- so which of the favors of your Lord would you deny?
17- He is  Lord of two sunrises and Lord of two sunsets
18- so which of the favors of your Lord would you deny?
19- He released the two seas,meeting side by side
20- between of them is a barrier so neither of them transgresses
21- so which of the favors of your Lord would you deny?
22- from both of them emerge pearl and coral
23- so which of the favors of your Lord would you deny?





Photobucket
Saturday, December 27, 2014

Kelantanku....kekuatan kita kekuatan mereka..pengajaran


salam..aku nak post nih simple je tapi yang pnting smpai ape yg aku nk cerite..
okkeyh..kg aku di area binjai,kedai lalat..kg chepa..
dgr ure2 naik air..
tapi aku harap tak kena kat tempat sdare2 aku..
cukuplah aku dengar kluarga n saudara org lain dilanda musibah..
buatkan aku rasa terkilan n sedih..
aku takut air,,serius..air mcm sesuatu yg jdikn aku sedar kematian itu hmpir..
ya Allah..bile tgk fb sehari ke sehari..
penuh air melimpah penuh sampai ke bumbung..
hati sapa yg tak terkesan..walaupun bukan saudara yg kite knal..
ini Allah nak tunjuk bahawasanya kita kurang kasih sayang sesama orang muslim..berdengki sane sini tanpa sebab..
tak amik tahu pasal mak ayah..tahu ketawa bile orang terkena musibah(nih paling aku tak suke)..
kite relaks je tengok kampung org dilanda musibah kita kata ''alaa..tu la bla bla bla''
kemudian bile tiba musibah di kg dia barulah trhegeh2 mintak org faham dia..
msyrakat kita nih aku slalu nmpak camnih gayenye..
cth kluarga A: ank aku sakit teruk tapi tak tahulah doktor pon tk boleh kesan penyakit dia(time tu ank dia kluar wad n trus ke uni sbb final exam,ank dia tak mo tangguh sem) ,keluarga B: oowh,tapikan knapa aku tgk die sihat je,yeke die sakit..anak aku tgk die g kelas exam cam biasa.
aku agak menyampah org yang tak faham bahasa camtu dah tak thu nk kategorikan diorg kat jnis ape..
oii...!!ko tahu ke sakit org tu sakit rasa cmne??
penah alami?penah rasa??manusia tak sama semuanya..faham tak Allah ciptakan kekuatan seseorang berlainan..die tak nak tunjuk die sakit,nnti ko kate die gedik bagai..
cube jangan jadi org yang otaknye pendek..
adoii..student agama tapi perangai nak tahu keburukan n nak cungkil keburukan orang no SATU!!
aku tengok ko depan2 pehh baik giler.tapi rupenye belakang tikam sane sini..
sebab tu aku susah campur ngan bebudak kos aku nih..
perangai tak serupa..
jadi aku rase sepatutnye kira la diri tu..
jgn fikir diri ko suci selalu dari dosa sebab slalu dalam usrah n etc..n kalau betul org tu buat dosa n sembunyi sesuatu dari ko..
better ko tanye tuan badan..
jgn nak komen belakang2..
ingat!!satu hari nanti ko kene gitu baru ko tahu tinggi rendah lagit yang Allah ciptakan..
banjir ini salah satu peringatan yang Allah turunkan kepada kita semua..
berhentilah buat perkara yang lagha,berhentila menghalalkan apa yang haram..
dengar nasihat org2 yang berilmu dan beramal..
okkeyh tapi terpanjang sangat..
aku harap ramai yang dapat bantu hantar bantuan kepada semua yang dilanda banjir..
malaysia ramai jutawan kan..???!!ape salahnye sumbang duit same2 bagi kapal besar sikit biar boleh hntr brg ke tempat yang susah nak masuk..
bye..
ingat!!ko takkan rase ape org tu rase kalu ko tak duduk tempat die..jadi tolong wujudkan sikap kasihan dalam diri ko n buka mate luas2...

Photobucket
Monday, November 3, 2014

sudirman di dalam doa..semoga tenang di sana.

assalamualaikum..bismillah..
hmm..ari nih..sayu2 untuk hari ini..
terasa sayu,rase sedih kerana teringat tetibe arwah ahmad hakimi..
dia disayangi oleh semua insan yang mengenalinya,tapi Allah lebih menyayanginya..
dan aku tiba2 suka lagu sudirman..
aku tengok semua biodata dia..
begitu setianya dia dengan wanita yang dia sayang tu..
peribadi tu nmpak mcm dia nih seorang yg sgt mghormati org disekelilingnya..
nampak comel je..ketawa comel..senyum comel..
semua comel laa..memang takde penyanyi yang mcm dia..
penuh perasaan ketika menyanyi,boleh menyanyi pelbagai bahasa,dan memang kuat usaha..
sebab apa aku boleh kate die kuat usaha..
sebab lihat je persembahan dia.
dia buat yang terbaik..utk penonton dan penyokongnya..
dia hilang ibunya ketika dia muda kemudian hilang pasangan hidupnya pula..
mungkin lagu tu menjadi peneman hidup untuk menceriakan dirinya
boleh tak nak dapatkan seorang sudirman utk diri ni??



Photobucket

Monday, September 29, 2014

terimbas kembali segalanya





bismillah...
huh..alhamdulillah aku dah selamat pergi dan pulang dari program rakan muda wawasan desa nih./.
byk kenangan dengan mak, nenek, adik bradik angkat...
hmm..mcm2perangai buat teringat2..
tapi ade satu benda yang sangat memberi kesan..
yang buat aku teringat kepada kenangan dulu...sebelum ditinggalkan..
ade orang yg muke same mcm dia..
sebijik,aku tak tahu nak kate ape..cume mampu kate terkaku..
dan dari awal sampai habis program ..cukup memberi aku kesan...
ahh...dia buat aku berdebar,sesak nafas aku nk tahan perasaan nih..tak tahu..
aku tak faham..
aku tk faham,kenapa aku tak mampu bdepan dia..tpi saat itu..
aku teringat yang itu adalah kali kedua ak pnah nmpak dia..sbb kali prtama tu..aku nmpak dia kat hs kafe..aku mcm tk nk pcye..
tpi hakikatnyee..mmg kot..mgkin betul...
tpi dlm program nih..
aku suke tengok dia...haha..tengok laa mase die tak tengok kita..haha...
dapat tgk pon takpe dahh..
maaf kalau saye ganggu awak...sebb saye slalu tgk awk...
lagu nih..utk one big family aku...


p/s: aku teringat dia,tpi aku tahu dia takkn kembali..dia pergi utk selamanya.. :'(

Photobucket











Saturday, August 23, 2014

MH17 hero dalam ingatan..

Assalamualaikum pembaca yang dihormati...
aku disini mahu mencoretkan sedikit isi hati..
berdasarkan apa yang diceritakan oleh keluarga aku..
pembantu juruterbang-Allahyarham Ahmad Hakimi memang merupakan seorang anak yang baik dan lebih mementingkan keluarga..
aku tak sangka sebenarnya memang wujud seorang lelaki seperti itu..
aku biasa tengok ciri2 lelaki seperti itu selalu dalam drama je, dan aku dah set kat otak nih mana ade lagi lelaki seperti ini di zaman sekarang..lihat saja di luar dan org dekat2 aku,jadi aku berpandangan begitu..

tetapi, secara tak sedar sebenarnya ada seperti abg kimi..ciri2 yang ada dlm drama same aku tonton..
abg kimi seorang yang pentingkan dan mgutamakn keluarga,tidak merokok,beragama,suka jaga budak2(dia memang suka bantu umi die jagakan anak2 sdare die yg kecik2 tu,bile ade anak sendiri dgn kak asma',lagi seronok die,si comel abderrahman,bile dpt jumpa nih abderrahman) dan byk lagi.beruntungnya kak asma' dan keluarga che syah ada abg kimi..

ye, baru aku nampak tapi Allah lebih sayangkan die,Allah beri pinjam sebentar kepada keluarganya,.
takpelah abderrahman,ayah kamu hero dan semoga ia mendapat tempat bersama orang yang soleh dan beriman..nanti abderrahman dah besar,contohi ayah abderrahman tau.. :'(

namun inginku bertanya,masihkah wujud insan sepertinya di dunia ini..
yang punyai ciri2 itu..

selamat tinggal abg kimi,kau pergi lebih tinggi dan menemui ketenangan dan kebahagiaan untuk selama-lamanya..


aku terasa kehilangan dua benda: 1) kembalinya arwah abg kimi,
2) ditinggalkan sekali lagi "die" insan yg aku nantikan tanpa jawapan secara tiba2,mengapa..hmm :'|


Photobucket




Sunday, March 2, 2014

tahun dan sem baru

Assalamualaikum..
hangpa buatpa?
keyh2..kali nih post aku cepat2 punye..
banyak benda nak kene uruskan..
okeyh..
aku tinggalkan ini kat kamu..kalao nak gune aku izinkan..
amek ja k..
tapi jgn la buang watermark aku tuh..
sebab pa..nanti kalau nak tempah boleh cari aku kat sini..
cari rezeki sekali sekala..
kan2..
korang promot2 lah ya kat kengkawan,sedara,mak pak hang jugak..pon boleh..
aku suka sangat aih..
k bye nih gmbanya...
jgn lupa promot blog aku skali naa..
aku buat utk kegunaan bersama..haa..unik kannn...






Photobucket
Sunday, November 3, 2013

mengenali murattal..

Murattal Quran yang mana anda sukai?
aku pasti korang akan pilih cara bacaan yang mempunyai ciri macam nih..
# Irama yang mudah diikuti.
# Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.

kan2?
haa..bacaan ini telah tersebar dikalangan umat Islam. Yang menariknya, produksi murattal tidak hanya bersumber dari dalam negeri akan tetapi yang paling banyak tersebar dan popular adalah “produksi” Timur Tengah. Mungkin ini adalah suatu bukti kecintaan kita kepada sumber Al-Qur’an itu dari lisan mana ia berasal iaitu kelebihan Quran adalah mu'jizat diturunkan dengan Bahasa Arab.  Apa yang dapat dilihat, sang Juara MTQ International pun belum tentu mampu menggerakkan ruh kita ketika mendengarkan bacaannya. Tetapi kebanyakan murattal dari Timur Tengah memiliki keistimewaan tersendiri.

Terus terang, aku baru mula menyukai dengan yang amat murattal sejak memasuki dunia U. Apatah bila U aku nih menawarkan subjek wajib iaitu tilawah,dari CFS dah ade subjek wajib berbentuk keagamaan..semua student kene pergi exam bacaan Quran dan dari situ student akan dinilai,diorang akan ditentukan masuk kelas Tilawah@Fardhu 'ain@Study circle..tyme tu aku berusaha betul2,tapi apakan daye memang dah ditentukan aku cume dapat past kat tilawah je..mule2 memang kecewa..
tapi lepas dah masuk kelas tilawah rase seronok..sebab ape?
bukan semua dapat kelas macam nih..walaupun mula dari basic,Allah Maha Penyayang..aku diberikan kelas dengan ustaz yang suka bercerita pengalaman dia dan ajar tajwid..
bukan ramai yang dapat tilawah nih sebab basic..dan kebanyakan student fikir, mcm nih..'erk..ko dapat tilawah ke?lahh..tak dapat study circle?'
mula2 rase macam bodoh laa..tapi lepas dah masuk kelas baru tahu..yang sebenarnya ilmu dari uran nih pon aku tak cukup nak g ilmu lain..amboii...
sedar diri tyme tu..trus study dengan semangatnya..dapat refresh ape yang pernah belajar tyme kat sekolah dan lebih mendalam lagi..
seterusnya,sampai kat main universiti..ade lagi kos mcm nih wajib diambil oleh semua student u aku..
semua student mesti g ujian bacaan quran mcm sebelum nih aku g..
tapi utk kos aku.kos IRK-ilmu wahyu dan bahasa arab..tak payah p..
sebabnye..kiteorg memang kene ambil Advance tilawah punya,ade 3 peringkat:
# Advance Tilawah 1
# Advance Tilawah 2
# Tahfiz

mula2 aku rase 'eikkk,,,berat nanang arr gni byk'
ops!!before aku terlupa..ada satu hari tu,waktu aku orientasi tu semua student yg kene menjalani TPT test kene kluar dewan tibe2 anouncement kate student IRk n Bar yang dulu kat CFS amek tilawah je kene g gak test nih..aku!!aku!!aku kene!!!arrr......aku tak faham tibe2 air mata aku trus mengalir...arrr!!aku cube tahan..wowww!!tak dpt...mengalir habis..dah la duduk depan...sedih sangat...uwwhhh...nape laa aku kene aku kate..
tetibe lepas tu,ade bro kate,okeyh2 maaf..student IRK n Bar tak payah dtg TPT test..
aku terus gembire...senyum besar laa......hahaha..kenangan yang plg aku ingtt...haha
okeyh sambung yang kat atas...
lepas tu aku tnye senior,cmne nih..subjek tilawahn nih nk amek bile??
senior kate amik tyme sotsem..
oeyhh...aku pon susun..
tahun 2013 tahun 1 sem 2 aku amek tilawah 1-
sangat seronok.. upenye..ustaz suke crite pengalaman die di mesir,belajar quran..seronok sangat...
rase nak pegi lepas abis study..sgt rase ringan je kelas tu..tapi ade kecuaian aku tyme tilawah 1 nih aku tak hafal surah utk midterm..rase frust...
and final aku buat yg terbaik..sebab nak lulus subjek nih sekurang2nye B..last2 final..result aku tgk bersujud syukur aku tgk..seronok tak terhingga...
rase nak sujud banyak2 kat Allah..
besarnya nikmat Allah kurniakan..
lepas tu Tilawah 2 aku amik masem sotsem sem3 thun 1 jugak..
okmeyh..aku da berazam nak mengahafal betol2 surah yang ustaz suruh..
betul2 memang aku dapat buat..lastly dapat A-
Ya Allah rase gembira sangat..ilmu Allah..tapi apa yang penting InsyaAllah aku nak cube g mesir atau jordan atau mane2 negara islam nak cari ilmu bacaan uran dan ilmu2 lain..
harapnya aku dapat istiqomah g kuliah ilmu yang ade kat Malaysia..
setakat nih kalau kelas alhamdulillanh aku cuba sedaya upaya penuhkan kedtgn..
aku rase rugi..biarlah org kate g kelas tpi tak pandai2..
apa yang apnting visi aku duk UIA nih..mak ayah aku hantr kat cni..
suruh g KELAS bukan TIDUR..PONTENG..
aku akan pegi biarlah aku dapat jadi pendengar yang baik untuk kelas semoga Allah merahmati tujuan aku belajar kat UIA nih..
rase bertuah dapt study cni..
walau bukan secerdik kawan2 aku yang sgt terbaik la cemerlang result diorg..aku cume sikit2 je..
tapi cita2 ade jugak nak cemerlang..semoga Allah redho dengan ape yang aku buat...Amin..
doakan aku dan sahabt2 aku.
pasti doa tu sampaiu kat korang balik...


Photobucket
Saturday, November 2, 2013

aku suka dia suka tak?

assalamualaikum..bismillah..
alhamdulillah aku masih mampu menaip serangkai kate buuat anda2 semua..
yang setia membaca..
walaupun aku tahu tulisan ini cume sekadar diari mini..
hidup nih kadang2 dugaan nya diluar apa yang dijangkakan.,
apa yang perlu ader dalam hidup kita adalah berdoa..
bersyukur dan memahami..
semua yang terjadi..
aku teringin sgt nak g Genting dan Gunung Belum..
bukan saje2 nak g Genting..
aku nak nikmati kesegaran alam yang diciptakan tuhan..
aku nak nikmati dan menghargai..
setiap hari aku akan cube ambil peluang lihat gunung dan keindahannya buat aku semakin teruja..
dapat tak?nanti suami aku nak bawak tak?
Gunung Belum memang lagi seronok..
kalau la aku dapat pergi menikmati dengan seseorang yang istimewa..
itu kenangan yang paling indah kerana dapat melihat kebesarannya dengan jelas..
aku cube setipa hari bayangkan bukit bukau yang aku lihat mase g kelas mcm kat gunung belum..,
rindu suasana itu..
aku harap dapat pergi sebelum aku meninggalkan dunia yang fana..penuh dengan nikmat dan rahmat tuhan..
semoga aku dapat mengambil i'tibar dari kejadian2 tuhan berikan kepada aku nih,,
rindu Allah..aku cube...












Photobucket
Saturday, August 17, 2013

carilah ilmu

assalamualaikum..
bismillah..
alhamdulillah masih boleh menaip..
apa yang berkaitan dengan tajuk?
iya..tentang ilmu..
carilah ilmu..
ahaaa..sempena dengan bulan syawal yang meriah ini..
apa kata tambahkan ilmu anda dalam program nih..
apa yang saya nak sampaikan..
program nih takkan merugikan sesiapa..
ini ilmu yang paling teras dalam kehidupan seorang muslim..
syukur andai anda mempunyai wang dan masa yang boleh digunakan untuk program in i..
semoga anda semua diberkatinya..
ilmu Allah takkan merugikan anda sehingga di akhirat sana..
InsyaAllah...
ustaz Zulkhairi itu ustaz saya..
ilmu yang beliau sampaikan tak pernah kurang...diceritakan pengalamannya semasa di mesir..
Allah terasa ingin berpijak sekali untuk menimba ilmu Allah yang terlalu banyak di sana...;')

Photobucket